Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-10 16:20:44    
450 dari 500 Buah Perusahaan yang Terbesar Melabur di China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Menteri Perdagangan China Liao Xiaoqi hari ini di bandar Xiamen, bahagian selatan China memaklumkan bahawa pada masa ini, terdapat sebanyak hampir 450 dari 500 buah syarikat transnasional yang terbesar di dunia telah melabur di China.

Demikian dinyatakan oleh Liao Xiaoqi semasa menghadiri satu seminar Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China ke-9. Beliau memaklumkan bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, China terus melaksanakan dasar buka pintu dan menerima lebih banyak pelaburan asing. Pada tahun 2004, pelaburan asing di China sebanyak 60.6 bilion dolar Amerika iaitu meningkat 13% berbanding tempoh sama tahun lalu. China merupakan negara membangun yang menggunakan pelaburan asing yang paling banyak dalam tempoh 12 tahun yang lalu.

Menurut statistik Kementerian Perdagangan China, setakat penghujung Julai tahun ini, China telah mengesahkan lebih 530 ribu perusahaan pelaburan asing di negara ini.