Menurut Agensi Berita Xinhua China, Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan ketika menghadiri Sidang Gabenor Bank Pusat yang diadakan di Kanada kelmarin berkata, salah satu tujuan pembaharuan kadar nilai pertukaran mata wang Renminbi China adalah untuk mendorong keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa China, agar mendorong pertumbuhan ekonomi pada jangka panjang. Beliau berharap usaha pembaharuan itu dapat mewujudkan keseimbangan pada asasnya perdagangan barangan dan perdagangan perkhidmatan.
|