|
Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan telah menemui Pengerusi Forum Ekonomi Dunia dan wakil negara asing yang menyertai Sidang Kemuncak Perusahaan China 2005 di Beijing semalam. Beliau menyatakan, China berharap meningkatkan kerjasama dengan Forum Ekonomi Dunia.
Zeng Peiyan berkata, Forum Ekonomi Dunia merupakan peluang penting bagai menyelidik dan membincangkan masalah ekonomi dunia serta menggalakkan kerjasama dan pertukaran ekonomi antarabangsa. China dan Forum Ekonomi Dunia tetap memelihara hubungan kerjasama yang baik.
Zeng Peiyan berharap Forum Ekonomi Dunia meningkatkan kerjasama dengan China dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam penggalakan pertukaran maklumat dan peningkatan kerjasama ekonomi dan teknologi perusahaan China dan negara asing.
|