|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China Li Haiyan hari ini memaklumkan di Beijing bahawa pelaburan China di Afrika pada tahun-tahun kebelakangan ini meningkat cepat, dan telah melakukan program pelaburan di 49 negara Afrika, jumlah keseluruhannya melebihi 1 bilion dolar Amerika.
Li Haiyan menyatakan demikian dalam Rundingan Perdagangan dan Pelaburan China-Afrika yang diadakan hari ini. Beliau memaklumkan, pelaburan China terutamanya di Afrika Selatan, Mesir, Sudan, Zambia dan pelbagai negara di bahagian selatan dan utara Afrika, program pelaburan terutama melibatkan industri pemprosesan dan pembuatan, penerokaan sumber, pengangkutan, pertanian dan pelbagai bidang yang lain.
|