Menurut berita CRI, Disneyland di Hong Kong dirasmikan hari ini. Naib Presiden China Zeng Qinghong, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Donald Tsang telah menyertai upacara perasmian taman itu.
Zeng Qinghong ketika menyampaikan ucapan dalam upacara itu berkata, pembinaan Disneyland di Hong Kong telah membuktikan Hong Kong telah berjaya menarik perhatian pelabur antarabangsa dan ini akan menggalakkan pembangunan ekonomi Hong Kong. Beliau berharap saudara setanah air Hong Kong menghargai iklim perkembangan yang baik dan berusaha mewujudkan kemakmuran dan keharmonian Hong Kong.
|