Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-12 13:34:25    
Malaysia Ambil Tindakan Selesaikan Masalah Akibat Kenaikan Harga Minyak

Agensi Berita Xinhua China
Harga minyak mentah pasar antarabangsa terus naik. Ini memberi tekanan besar kepada Malaysia sebagai sebuah negara eksport minyak. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia mengambil pelbagai tindakan untuk mengurangkan tekanan ekonomi ekoran kenaikan harga minyak mentah.

Kerajaan Malaysia sentiasa melaksanakan dasar memberi subsidi kepada perusahaan petroleum dalam negara. Pada tahun 2003 dan 2004, subsidi petroleum secara berasingan telah mencecah 6.6 bilion ringgit iaitu kira-kira 1.74 bilion Dolar Amerika dan 11.9 bilion ringgit iaitu kira-kira 3.13 bilion Dolar Amerika. Malaysia menghadapi tekanan yang amat besar dalam masalah subsidi petroleum akibat kenaikan harga minyak mentah pasar antarabangsa. Dari bulan Oktorber lalu hingga hujung bulan Julai tahun ini, kerajaan Malaysia terpaksa empat kali menaikkan harga gasolin dan diesel supaya mengurangkan tekanan kewangan negara.

Walau bagaimanapun, kenaikan harga minyak dalam negara Malaysia juga mengakibatkan kenaikan harga barangan dalam negara. Maka, kerajaan Malaysia pada 7 bulan ini telah mengumumkan rancangan pakej berjanji harga gasolin dan diesel tidak akan dinaikkan lagi, bayaran tol dan lebuh jaya juga tidak ditingkatkan lagi pada tahun ini dan tahun depan serta kebajikan masyarakat kurang upaya dan orang yang berpendapatan rendah akan ditingkatkan.

Serentak itu, Malaysia juga berusaha mencari sumber tenaga pengganti. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa pihak Malaysia sedang menggubal dasar menerokai minyak ekologi dan menggalakkan bahagian dan perusahaan pengakutan dalam negara menggunakan dan menghasilkan minyak itu.

Pada masa kebelakangan ini, kerajaan Malaysia sedang mengadakan aktiviti menjimatkan sumber tenaga di seluruh negara dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjimatkan sumber tenaga.