Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pelajaran dan perkembangan kesenian kanak-kanak di bandar Guiyang, ibu kota Provinsi Guizhou di bahagian barat daya China telah menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dan mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak. Persembahan para pelajar itu mempunyai keistimewaan bangsa China dan mendapat penghargaan tinggi dalam dan luar negara. Kesenian kanak-kanak menjadi semakin popular di bandar Guiyang.
Pada Jun tahun ini, wartawan CRI mewawancara seorang gadis anggota Rombongan Kesenian Xiaohua di bandar Guiyang yang bernama Yu Yuzu di tempat latihannya. Beliau berkata kepada wartawan bahawa persembahan rombongan keseniannya mendapat sambutan baik dan beliau telah mengunjungi banyak bandar lain serta menyertai persembahan di beberapa negara asing dan kawasan. Beliau berkata, "Kami telah mengadakan persembahan di pelbagai tempat, saya menyanyi dan menari dan berasa gembira sekali. Kali ini, saya akan pergi ke Hong Kong untuk menyertai pertandingan. Saya pernah memenangi banyak hadiah antarabangsa. Jumlahnya begitu banyak sehingga saya sukar menghitung. Yang paling hebat ialah Hadiah Pingat Gangsa Koir Dunia Olimpik."
Banyak rombongan kesenian lain seumpama rombongan tersebut di bandar Guiyang. Mereka mengadakan persembahan di banyak tempat seperti Kampung Etnik Miao di Provinsi Guizhou, Balai Muzik Beijing, dalam Perayaan Kesenian Kanak-kanak Perancis, A.S., Jerman, Itali dan lain-lain.
Satu rombongan kesenian kanak-kanak di Guiyang pernah memperoleh hadiah antarabangsa sebanyak lebih 1,200 kali dalam tempoh 20 tahun lalu.
Encik Yang Kailiang yang sudah bersara pernah bertugas sebagai Pengarah Tarian Peringkat Satu Kebangsaan China Rombongan Nyanyian dan Tarian Bandar Guiyang. Beliau pernah mengarahkan dan mencipta banyak gerak tari kanak-kanak dan banyak kali memperoleh hadiah dalam dan luar negara. Beliau berkata, "Kami mementingkan keistimewaan etnik minoriti semasa mencipta gerak tari kanak-kanak dan berjaya menggabungkan kesitimewan etnik minoriti dengan keistimewaan kehidupan kanak-kanak. Gabungan tersebut merupakan keistimewaan kesenian kanak-kanak Guiyang. Ramai orang terharu setelah menonton persembahan kami."
Ramai etnik minoriti tinggal di bandar Guiyang termasuk etnik Miao, Tujia, Dong dan lain-lain. Pendidikan kesenian kanak-kanak di Guiyang bermula sejak awal tahun 1980-an setelah seorang guru menubuhkan Rombongan Kesenian Kanak-kanak Miaomiao.
Encik Deng Zhiyong, Ketua Jabatan Pengurusan Kebudayaan Sosial Biro Kebudayaan Bandar Guiyang memaklumkan, "Kami menumpukan perhatian terhadap 4 aspek dalam pendidikan kesenian kanak-kanak iaitu pembangunan infrastruktur, penubuhan rombongan kesenian, penyelenggaraan aktiviti dan pencitaan gerak tari. Guiyang mempunyai ramai etnik minoriti dan kami harus mementingkan keistimewaan tersebut dalam penciptaan karya kesenian kanak-kanak."
Puan Zheng Lu, pegawai Pusat Aktiviti Kanak-kanak Guiyang berkata, "Para pelajar dapat mempelajari kesenian di pusat ini, kami berharap mereka membesar dengan sihat dan hidup dengan gembira. Selain itu, kami juga berharap mereka berusaha mengikuti latihan mewujudkan impian kesenian mereka."
----AZMI
|