Dalam tempoh 50 tahun sejak Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang ditubuhkan di China, banyak bandar moden berjaya dibangunkan di kawasan yang dulunya ialah padang pasir, lembah dan paya, sebanyak lebih dua juta pekerj telah menyertai pembangunan di Xinjiang.
Pada masa ini, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah dibangunkan menjadi pangkalan sumber alam penting di China. Pada musim panas tahun ini, tenaga elektrik yang dibekalkan kepada penduduk di bandar Shanghai menggunakan gas asli yang dibekalkan dari Xinjiang. Pada 17 Jun lalu, projek menjana tenaga elektrik dengan menggunakan gas asli yang dibekalkan dari Xinjiang telah diselesaikan 8 bulan lebih awal, gas asli tersebut telah dapat menampung keperluan tenaga elektrik di bandar bahagian timur China.
Di tiga lembangan penting di Xinjiang iaitu Talimu, Zhunger dan Tuha terpendam minyak yang dianggarkan berjumlah 20.9 bilion tan dan gas asli 10 ribu bilion meter padu. Angka tersebut menduduki lebih 1/4 daripada jumlah minyak dan gas asli daratan China. Ahli geologi berpendapat kawasan itu berpotensi besar dijalankan penyelidikan. Sumber arang batu menduduki 40% jumlah di seluruh negara, menduduki tempat pertama di China. Jumlah pengeluaran petroleum di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang berjumlah 22.6 juta tan, peningkatan pengeluaran menduduki tempat pertama di China dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.
Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang juga merupakan pangkalan penghasil kapas di China. Encik Zhao Xinhui, petani di wilayah autonomi itu memberitahu wartawan dengan gembira bahawa tuaian kapas yang ditanam di ladangnya yang seluas 33.33 hektar mencapai hasil yang sangat memuaskan pada tahun ini. Setelah menggunakan teknologi baru, pendapatannya dijangka meningkat dua kali ganda pada tahun depan. Keluasan tanah pertanian perkapita penduduk Xinjiang merupakan lebih dua kali ganda daripada penduduk di tempat lain di China, petani yang memiliki tanah pertanian seluas puluhan hektar atau ratusan hektar amat banyak.
Banyak buah-buahan dikeluarkan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Jumlah penggunaan buah-buahan di kawasan itu purata kira-kira 126 kilogram setiap orang setahun. Seorang pelancong dari Shanghai semasa menyaksikan buah-buahan yang manis dan segar di pasar memberitahu wartawan bahawa beliau memilih melancong di Xinjiang pada musim panas adalah untuk menikmati buah-buahan yang manis tersebut.
Jumlah pengeluaran anggur di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menduduki 1/3 daripada jumlah keseluruhan pengeluaran anggur China. Anggur yang dikeluarkan di Turpan—tempat yang paling panas di China merupakan anggur yang paling manis di China. Pada masa ini, lembangan Talimu telah menjadi pangkalan pengeluar buah-buahan.
Jaringan lalu lintas yang moden dan lebar sudah dibina di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Pegawai Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang encik Ismayil Tieliwar memberitahu wartawan, "Pada masa dahulu, perjalanan dari Kashi ke Urumuqi memerlukan masa tujuh hari, akan tetapi pada masa ini, perjalanan itu hanya memerlukan satu jam setengah sahaja dengan menaiki kapal terbang." Pada masa awal sejak pembebasan, jalan raya di Xinjiang hanya sepanjang 3361 kilometer, akan tetapi pada masa ini, lebuh raya di wilayah itu sepanjang lebih 80 ribu kilometer. Pada masa ini, jumlah jarak penerbangan mencatat 110 ribu kilometer, 11 lapangan terbang telah dibina, jumlah landasan kereta api mencatat kira-kira 3000 kilometer di Xinjiang.
----Ching
|