Seramai lebih sejuta penggembala dan petani menetap di Wilayah Autonomi Tibet China yang keluasannya mencatat lebih 1.2 juta kilometer persegi. Mereka menternak yak dan kambing di kawasan padang rumput yang berhampiran sumber air. Kehidupan nomad yang sentiasa berpindah randah, tambahan pula kesukaran perhubungan menyebabkan para penggembala sukar mendapatkan rawatan.
Encik Blo Bzang Bstan A'dzin berusia 41 tahun merupakan penggembala di mukim Buduo Kaunti Zhongba. Isterinya mengalami penyakit jantung baru-baru ini, semasa beliau menemani isterinya berjumpa doktor di hospital di kaunti yang terletak 600 kilometer dari tempat penggembalaan, mereka turut bertemu anak lelaki mereka yang sedang belajar di sekolah rendah di kaunti itu juga berjumpa doktor di hospital itu. Anak lelaki mereka dibawa oleh gurunya. Doktor memberitahu encik Blo Bzang Bstan A'dzin bahawa anaknya hanya mengalami batuk sahaja kerana selesema, dia akan sembuh setelah makan ubat, akan tetapi isterinya harus dirawat di hospital itu.
Setelah menguruskan prosedur menempatkan isterinya di wad hospital, perasaan encik Blo Bzang Bstan A'dzin baru tenang. Beliau memberitahu wartawan.
"Jika mengalami penyakit yang tidak serius seperti selesema, sakit kepala, sakit perut dan lain-lain, kami hanya berjumpa doktor di desa kami. Jika mengalami penyakit yang teruk, kami perlu berjumpa doktor di hospital di kaunti."
Kaunti Zhongba terletak di kawasan yang paras lautnya purata mencatat lebih 5000 meter, keluasan kawasan itu berjumlah lebih 40 ribu kilometer persegi, seramai hampir 20 ribu penggembala menetap di sana. Taraf kehidupan di kaunti tersebut amat sukar. Pada tahun 1960-an, Hospital Rakyat Kaunti Zhongba telah dibinakan di kawasan itu. Dalam puluhan tahun lalu, doktor di hospital itu bertanggungjawab merawat pesakit teruk para penggembala tempatan. Untuk memperbaiki kemudahan perubatan di hospital itu, pihak Jabatan Kesihatan tempatan menyediakan bantuan membina sebuah bangunan wad pesakit setinggi lima tingkat di hospital itu pada tahun lalu. Hospital itu menyediakan wad yang dapat menampung lebih 100 pesakit dirawat di hospital itu pada satu-satu masa.
Doktor Nyima Dondrup ialah doktor penyakit dalaman di Hospital Kaunti Zhongba. Beliau berusia 60 tahun dan sudah bertugas di hospital itu hampir 30 tahun. Beliau kenal dengan ramai penggembala tempatan. Anak lelaki dan isteri encik Blo Bzang Bstan A'dzin sentiasa dirawat oleh doktor Nyima Dondrup. Beliau menyatakan,
"Pada masa ini, terdapat bahagian pembedahan, bahagian penyakit dalaman, bahagian anak dan bahagian ginekologi di hospital kami. Pada masa yang lalu, kemudahan di hospital kami tidak memuaskan dan kekurangan peralatan perubatan. Sekarang terdapat pelbagai kemudahan perubatan antaranya peralatan elektrokardiogram, peralatan ultrasonik mode B dan lain-lain."
Pada masa ini, walaupun taraf perubatan di Kaunti Zhongba telah ditingkatkan, akan tetapi beberapa masalah lain yang serius tetap wujud. Ketua Jabatan Kesihatan Kaunti Zhongba encik Zhao Huijun menyatakan,
"Masalah yang harus diselesaikan dengan segera dalam bidang perubatan dan kesihatan di kaunti kami ialah meningkatkan kecekapan dan kepakaran para doktor, menambah doktor dan membentuk mekanisme perubatan desa untuk memudahkan para penggembala mendapatkan rawatan."
----Ching
|