Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-13 15:14:45    
Zhang Weiqing: Pembangunan Kebudayaan Penduduk Merupakan Tindakan Utama Usaha Perancang Keluarga

CRI
Menurut Agensi Berita Xinhua China, sidang pertukaran pengalaman membina perkarangan penduduk desa yang berunsur kebudayaan negara China telah diadakan di bandar Yuncheng, Provinsi Shanxi semalam. Menteri Suruhanjaya Penduduk dan Perancang Keluarga Negara Zhang Weiqing menyatakan bahawa untuk menjayakan usaha perancang keluarga, pelbagai pendekatan seperti pendekatan kebudayaan, pendidikan, undang-undang dan ekonomi mesti dilaksanakan, antaranya pembangunan kebudayaan penduduk yang bercirikan kesamarataan lelaki dan wanita, perancang keluarga dan lain-lain merupakan tindakan utama.

Zhang Weiqing berkata, oleh sebab produktiviti dan usaha asas perancang keluarga negara China belum mencapai tahap tinggi, sistem jaminan masyarakat masih tidak sempurna dan pengaruh konsep kelahiran tradisional masih wujud, untuk menangani masalah penduduk dan menjayakan usaha perancang keluarga negara China, kekuatan seluruh masyarakat mesti dikerahkan secara menyeluruh, dan pelbagai pendekatan bersepadu yang mempunyai keistimewaan China seperti pendekatan kebudayaan, pendidikan, undang-undang dan ekonomi mesti dilaksanakan serentak, antaranya pendekatan kebudayaan dan pendidikan merupakan pendekatan yang lebih stabil dan berkesan.

Menurut beliau, perkarangan merupakan tempat penting bagi penduduk desa dalam kehidupan mereka. Membina perkarangan penduduk desa yang berunsur kebudayaan bermanfaat bagi mewarisi kebudayaan tradisional, mendorong konsep perkahwinan dan kelahiran penduduk desa berubah serta meningkatkan kesedaran demokratik mereka. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa pelaksanaan pembinaan perkembangan penduduk desa yang berunsur kebudayaan masih tidak seimbang dan sedang menghadapi pelbagai masalah. Sehubungan dengan itu, pelbagai lapisan masyarakat hendaklah memberi lebih banyak perhatian, bimbingan dan sokongan kepada usaha tersebut, antaranya yang paling penting ialah memberi sokongan kewangan dan kebendaan yang perlu untuk mengintensifkan latihan, bantuan dan bimbingan terhadap mereka yang menjalankan kerja kesenian dan kebudayaan di desa.