Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-13 13:01:36    
Zaman Tembaga, Lambang Permulaan Tamadun Purba China

CRI

Sebagaimana yang diketahui umum, zaman tembaga China bermula pada zaman Dinasti Shang China. Pada masa itu, teknologi pembuatan barang tembaga di China telah mencapai taraf yang tinggi. Menurut ahli arkeologi, barang tembaga pada zaman Dinasti Shang China meliputi barang tembaga period Yinxu dan barang tembaga period Erligang. Biasanya umum menganggap barang tembaga zaman Dinasti Shang adalah barang tembaga period Yinxu pada masa akhir Dinasti Shang iaitu pada kira-kira tahun 1300 sebelum Masihi. Manakala barang tembaga period Erligang merupakan barang tembaga yang lebih awal dikeluarkan berbanding barang tembaga period Yinxu. Disebabkan barang tembaga period itu banyak ditemui di Erligang Bandar Zhengzhou dan Kaunti Hui Provinsi Henan, maka barang tembaga period itu dinamakan barang tembaga period Erligang Dinasti Shang.

Barang tembaga period Erligang merupakan barang tembaga pada masa awal Dinasti Shang. Taraf teknologinya boleh dikatakan sudah cukup tinggi mutunya tetapi masih tidak setinggi mutu barang tembaga period Yinxu. Barang tembaga period Erligang agak nipis dan pola dan coraknya sederhana, jenisnya banyak dan sempurna, bukan sahaja terdapat barang tembaga yang digunakan dalam pelbagai upacara, tetapi juga terdapat senjata dan alat perkakas yang diperbuat dengan tembaga. Barang tembaga pada period itu ditemui di kawasan yang luas di China, selain Provinsi Henan di tengah China, juga meliputi Provinsi Hubei di kawasan tengah aliran Sungai Yangtze, Provinsi Shanxi di barat China dan lain-lain. Bentuk, pola dan corak barang-barang tembaga yang ditemui di tempat tersebut hampir sama dengan barang tembaga yang ditemui di Erligang Bandar Zhengzhou Provinsi Henan. Ini menunjukkan bahawa barang tembaga pada masa awal Dinasti Shang bukan diperbuat dengan teknologi primitif yang rendah.

Barang tembaga yang diperbuat lebih awal daripada barang tembaga Erligang telah ditemui pula di Erlitou Yanshi Provinsi Henan. Barang tembaga tersebut dinamakan barang tembaga kebudayaan Erlitou. Walaupun barang tembaga yang ditemui di sana lebih sederhana daripada barang tembaga yang ditemui di Erligang, tetapi barang tembaga itu juga bukan diperbuat dengan teknologi primitif yang rendah. Berdasarkan statistik ahli arkeologi, barang tembaga yang ditemui di Erlitou terdapat Ding, sejenis bekas untuk merebus bahan makanan yang mempunyai dua telinga di atas dan tiga kaki di bawah, Jue, sejenis bekas berkaki tiga untuk kegunaan minum arak, pisau berbentuk ikan dan barang-barang hiasan. Teknologi barang tembaga kebudayaan Erlitou pada relatifnya boleh dikatakan tinggi mutunya dan moden ciptaannya.

Berdasarkan penyelidikan masa dahulu, banyak sarjana berpendapat taraf teknologi pembuatan barang tembaga period Yinxu sudah cukup tinggi mutunya dan barang tembaga yang lebih awal masih belum ditemui, maka mereka menganggap teknologi pembuatan barang tembaga tersebut diperkenalkan dari negara asing. Penemuan barang tembaga kebudayaan Erlitou membuktikan bahawa barang tembaga diperbuat pada zaman Dinasti Xia, lebih awal daripada Dinasti Zhou.

Dalam penemuan arkeologi beberapa tahun belakangan ini, barang tembaga yang diperbuat sama masanya atau lebih awal daripada barang tembaga Erlitou telah ditemui di pelbagai tempat di China.Yang paling awal masa perbuatannya ialah serpihan tembaga berbentuk separuh bulatan yang ditemui di tapak sebuah rumah di Jiangzhai Lintong Provinsi Shanxi pada tahun 1973. Kesan rumah itu dipastikan dibina pada tahun 4700 sebelum Masihi menerusi ujian karbon.

Pada tahun 1975, sebuah pisau tembaga ditemui di kesan peninggalan sejarah Linjia Dongxiang Provinsi Gansu di barat laut China. Kesan itu merupakan sebuah tapak rumah yang dipastikan dibina pada tahun 3200 sebelum Masihi menerusi ujian karbon. Berdasarkan ujian, pisau tembaga itu dicampur dengan timah ketika diolah.