|
 Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kastam China semalam mengeluarkan statistik bahawa dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini, jumlah keseluruhan import eksport perdagangan luar China mencapai hampir 900 bilion dolar Amerika iaitu meningkat 23% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa walaupun perselisihan perdagangan sering berlaku antara China dengan Kesatuan Eropah dan A.S. pada tahun ini, tetapi dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini, perdagangan dua hala China-Kesatuan Eropah dan China-A.S. masing-masing meningkat lebih 20% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini, China turut mengimport minyak mentah sebanyak lebih 83 juta tan iaitu meningkat hampir 4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

|