Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-14 16:13:42    
Perusahaan Swasta China Sedang Berkembang Maju

CRI
Menurut Agensi Berita China, Naib Pengerusi Persekutuan Perindustrian dan Perdagangan Kebangsaan China Xie Boyang semasa menghadiri Ekspo Perusahaan Kecil dan Sederhana China ke-2 semalam menyatakan bahawa dalam tempoh 20 tahun sejak China melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu, ekonomi swasta China telah berkembang maju.

Xie Boyang menjelaskan, walaupun kini kebanyakan perusahaan swasta China mengusahakan industri ringan, tekstil, mesin sederhana, pengangkutan, pembinaan, perdagangan dan perkhidmatan, tetapi terdapat sebahagian industri swasta besar telah beralih kepada industri berat, industri kimia, infrastuktur, usaha awam dan sebagainya.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perusahaan swasta China mulai melabur dalam bidang industri berat, industri kimia, banyak perusahaan swasta telah melibatkan diri dalam pelbagai projek pelaburan besar dalam sektor metalurgi, pembuatan kereta, penjanaan tenaga elektrik dan lain-lain dengan jumlah pelaburan ratusan juta sehingga puluhan bilion yuan RMB. Terdapat juga sekumpulan perusahaan swasta teknologi canggih telah memainkan peranan penting dalam perkembangan industri teknologi canggih baru.

Selain itu, perusahaan swasta China telah membentukkan pelbagai kumpulan perusahaan yang skopnya besar di pelbagai tempat China. Kumpulan perusahaan skop besar tersebut teleh menjadi pangkalan industri pemprosesan dan pembuatan penting China dan produknya menempati kedudukan penting di pasaran.

Kebanyakan perusahaan swasta China bertapak di kawasan pantai, tetapi pada masa ini, perusahaan swasta berkembang cepat dan nisbahnya makin meningkat di kawasan tengah dan barat China. Di kawasan pantai seperti Provinsi Fujian dan Zhejiang, ekonomi swastanya masing-masing menduduki lebih 50% daripada KDNK tempatan. Manakala pada tahun-tahun kebelakangan ini, kecepatan pertumbuhan ekonomi swasta di kawasan tengah dan barat China sudah melebihi kecepatan pertumbuhan ekonomi seluruh negara, dan ekonomi swasta di banyak tempat itu sudah menempati 1/3 daripada KDNK tempatan. Ekonomi swasta China sedang memasuki pasaran antarabangsa selangkah demi selangkah. Berdasarkan statistik dari Januari hingga Oktober tahun 2004, kadar pertumbuhan import dan eksport perusahaan swasta China masing-masing mencatat 100% dan 76%.