Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-15 14:41:40    
Hu Kai, Mahasiswa Universiti Tsinghua China

CRI

Atlet China Hu Kai meraih pingat emas dalam pertandingan acara 100 meter lelaki Universiad Dunia ke-23 yang diadakan di Izmir Turki bulan lalu. Beliau merupakan atlet China pertama yang meraih pingat emas dalam pertandingan acara 100 meter temasya peringkat dunia.

Walaupun bukan pertandingan acara 100 meter Sukan Olimpik, akan tetapi atlet China Hu Kai sangat bimbang persembahannya dalam pertandingan akhir 100 meter lelaki Universiad Dunia ke-23. beliau dengan catatan masa 10.3 saat melayakakan diri ke peringkat pertandingan separuh akhir Kejohanan Dunia Olahraga tahun ini. Ini sangat sukar dicapai oleh seorang atlet amatur. Semasa mengenang peristiwa tersebut, Hu Kai berkata, "Sebelum saya mengambil bahagian dalam pertandingan itu, saya telah membuat kajian tentang kejayaan pertandingan 100 meter lelaki. Saya berpendapat saya boleh meraih pingat, akan tetapi meraih pingat emas menjadikan semangat saya sangat berkobar-kobar. Kalau tidak salah ingatan saya, ini merupakan pertama kali atlet China meraih pingat emas dalam pertandingan acara 100 meter temasya peringkat dunia."

Hu Kai adalah mahasiswa Insititut Penyeliaan Ekonomi Universiti Tsinghua China. Beliau memakai cermin mata dan sangat bersopan santun, selepas setiap pertandingan, beliau mengucapkan tahniah kepada atlet yang lain dalam bahasa Inggeris. Beliau berkata, "mengucapkan tahniah kepada atlet yang lain merupakan salah satu adat resam, saya berpendapat mahasiwa mahasiswi harus bersopan santun, kalau seorang atlet mengambil bahagian dalam pertandingan, tidak kira sama ada mencapai kejayaan atau tidak, kita harus mengucapkan tahniah kepada mereka, sebab penyertaan merupakan kemenangan."

Keisitimewaan Hu Kai ialah tidak kira pada waktu lapang atau semasa pertandingan, beliau sentiasa memakai cermin mata. Hu Kai sentiasa menyediakan dua cermin mata. Sebab kalau rosak dalam latihan, beliau boleh memakai cermin mata yang lain menyertai pertandingan.

Hu Kai dilahirkan di bandar Qingdao pada tahun 1982. Bapanya seorang buruh dan sangat berminat terhadap sukan. Semasa remaja, bapanya mempu berlari laju dengan catatan masa kurang 12 saat dalam acara 100 meter. Hu Kai berbakat dalam acara jarak dekat. Kejayaan yang dicapao oleh beliau juga berkaitan erat dengan usaha dan pendidikannya di universiti.

Pada tahun 2001, Hu Kai mengikuti pengajian di Universiti Tsinghua. Universiti Tsinghua merupakan salah sebuah universiti yang paling terkenal di China. Ramai ahli sains dan tokoh politik terkenal China adalah graduan Universiti Tsinghua. Pada masa dahulu, kebanyakan universiti di China tidak mementingkan kedudukan sukan dalam pengajaran. Hu Kai bernasib baik, pada beberapa tahun sebelum beliau memasuki universiti, banyak universiti termasuk Universiti Tsinghua semakin mementingkan sukan.

Ketua Pusat Pendidikan dan Pengajian Sukan Universiti Tsinghua Encik Chen Weiqun memberitahu wartawan bahawa, "Pada mulanya, universiti kami hanya melatih atlet amatur. Sejak tahun 1994, kami berusaha di samping memberi kursus profesional kepada mahasiswa, melatih mereka untuk mencapai peringkat kebangsaan."

Univertisi Tsinghua menerima calon pelajar yang berbakat dalam bidang sukan dan mempelawa bekas jurulatih pasukan negara dan atlet pasukan negara sebagai pensyarah di univertisi itu.

Selepas Hu Kai belajar di Universiti Tsinghua, beliau menganggotai pasukan olahraga universiti. Jurulatihnya adalah jurulatih pasukan olahraga negara prof. Li Qing. Atas bimbingan beliau, Prestasi Hu Kai cepat meningkat. Hu Kai menyatakan bahawa beliau mendapat faedah daripada sistem Universiti Tsinghua.