Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-15 14:06:10    
China akan Berusaha Kembangkan Bioteknologi

CRI

Forum Pringkat Tinggi Ekonomi Biologi Antarabangsa Pertama semalam dirasmikan di Beijing. Dalam upacara perasmian itu, Ahli Dewan Negara China Puan Chen Zhili menunjukkan, kerajaan China akan melaksanakan tindakan meningkatkan peruntukan pengkajian sains, memperbaiki alam selitar pelaburan untuk mempercepat perkembangan bioteknologi dan industri itu

Sains dan teknologi biologi merupakan satu bidang sains dan teknologi yang paling pesat perkembangannya pada masa ini. Pengembangan bioteknologi menyediakan cara baru kepada manusia untuk meningkatkan kualiti dan jangka hayat, menyediakan saluran baru untuk menyelesaikan masalah kesihatan, keselamatan padi-padian, sumber tenaga, dan alam sekitar dalam mengembangkan sosioekonomi. Pada masa ini, banyak negara melaksanakan dasar menggalakkan pengembangan bioteknologi

Puan Chen Zili berkata dalam forum itu, kerajaan China mementingkan pengeluaran produk bioteknologi dan pengembangan ekonomi biologi.

Berdasarkan dorongan kerajaan, sistem pembaharuan bioteknologi dan industri biologi China telah ditubuhkan. Pengembangan bioteknologi dan industri biologi sudah memberi sumbangan besar kepada pengembangan ekonomi, keselamatan padi-padian, kesihatan rakyat dan perbaikan alam sekitar.

Dalam forum itu, Menteri Sains dan Teknologi China Xu Guanhua telah menyampaikan ucapan. Beliau berkata, dalam 15 tahun akan datang, pengembangan bioteknologi dan industri biologi China terutamanya akan memenuhi keperluan teknologi dalam bidang keselamatan padi-padian, kesihatan rakyat, perbaikan alam sekitar dan keselamatan sunber tenaga, menyelesaikan masalah yang menghalang pengembangan sosioekonomi China.

Forum tersebut akan berlangsung 3 hari, lebih 3000 orang wakil dari kira-kira 20 negara dan kawasan termasuk A.S., Kanada, prancis, Itali, Britain, Jepun dan PBB telah menyertai forum itu. Mereka akan mengadakan pembincangan yang bertemakan "mengembangkan ekonomi biologi, memanfaatkan rakyat sedunia".