Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-15 15:11:09    
China Rancang Jaminan Sosial Warga Tua

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, warga tua China yang berumur lebih dari 60 tahun akan meningkat kepada 174 juta pada tahun 2010 daripada 147 juta pada tahun 2005. Disebabkan jumlah warga tua China banyak meningkat dalam tempoh itu, jaminan sosial ,malah perubatan, penjagaan, dan masalah lain warga tua akan menjadi tekanan besar yang dihadapi oleh kerajaan China. Bagaimana kerajaan China mengatasi masalah tersebut dengan berjaya?

Jabatan Jawatankuasa Warga Tua China, Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara China, Kementerian Perdagangan dan Yayasan Penduduk PBB semalam mengadakan bersama "Forum Peringkat Tinggi Program Warga Tua China( 2006-2010)" di Beijing. Pakar masalah warga tua dan pegawai kerajaan dalam dan luar negara dijemput memberi cadangan supaya jaminan sosial warga tua diselaraskan dengan pembangunan sosio-ekonomi China.

Dimaklumkan, Jabatan Jawatankuasa Warga Tua China menggubal "Program Warga Tua China 2001-2005 dan diluluskan oleh Dewan Negara China pada tahun 2000. Sejak program itu dilaksanakan, jaminan sosial dan pelbagai aspek yang berkhidmat untuk warga tua China telah berkembang dengan pesat. Naib Pengarah Jabatan Jawatankuasa Warga Tua China Li Bengong menjelaskan, berdasarkan penilaian pelaksanaan Program Warga Tua 2001-2005, sistem jaminan sosial warga tua China telah ditubuhkan dan disempurnakan beransur-ansur. Dasar jaminan sosial untuk membiayai warga tua dilaksanakan dengan baik, industri perkhidmatan untuk warga tua digalakkan, taraf hidup warga tua China ditingkatkan.

" Tetapi jaminan sosial warga tua China masih tidak memuaskan sekiranya berbanding dengan pembangunan sosioekonomi di China. Keperluan warga tua masih sukar dipenuhi." Tambah beliau, " Ini disebabkan sistem jaminan sosial untuk membiayai warga tua China tidak sempurna, warga tua di kampung masih tidak dapat menikmati kebajikan setaraf warga tua di bandar, modal yang diperuntungkan untuk kemudahan warga tua tidak cukup, undang-undang tentang jaminan sosial ,hak dan kepentingan warga tua masih perlu disempurnakan…. " Beliau berkata, "masalah tersebut harus diselesaikan dalam Progaram Warga Tua 2006-2010.