Institut Bahasa Mandarin Wenhua dan Institut Bahasa Mandarin Hanlin merupakan dua institut pengajaran bahasa Mandarin yang terbesar di Jakarta Indonesia. Kini, semakin ramai penduduk tempatan belajar bahasa Mandarin di kedua-dua institut tersebut seiring dengan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan Indonesia serta peningkatan peranan China dalam perkembangan ekonomi dunia.
Chen Ying dari Universiti Perguruan Nanjing kini bertugas di Institut Bahasa Mandarin Wenhua. Beliau memaklumkan, kebanyakan pelajar di institut tersebut ialah staf syarikat tempatan. Mereka belajar bahasa Mandarin pada masa lapang, terutamanya sebelah malam selepas waktu pejabat. Tujuan mereka belajar bahasa Mandarin adalah untuk memudahkan perhubungan dan pertukaran dengan pelbagai staf syarikat China. Selain itu, mereka berpendapat bahawa bahasa Mandarin yang merupakan bahasa rasmi negara China juga merupakan bahasa yang kedua terbesar di dunia selepas bahasa Inggeris, kerana terdapat seramai 1.3 bilion orang penduduk China yang berbahasa Mandarin, dan semakin ramai pula penduduk di pelbagai staf negara lain mulai bertutur bahasa Mandarin. Menurut Chen Ying bahawa selain penduduk tempatan, terdapat pula pelajar Republik Korea, Australia, A.S. dan Perancis kini belajar bahasa Mandarin di Institut Bahasa Mandarin Wenhua Jakarta.
Pengetua Institut Bahasa Mandarin Hanlin, Li Yiwan berkata kepada wartawan bahawa pelajar akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan jika mereka menguasai bahasa Mandarin. Selain itu, pembelajaran bahasa Mandarin juga berfaedah untuk mereka mengetahui dengan mendalam tamadun China dan memperluas pandangan mereka.
Dari factor kebudayaan perkembangan itu juga mendorong kemajuan pengajaran bahasa Mandarin di Indonesia. Berdasarkan statistik kerajaan Indonesia, 3.5% antara seramai 210 juta penduduk Indonesia ialah orang Cina. Kini, kursus bahasa Mandarin telah diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar Jakarta, Medan dan Surabaya yang ramai penduduk Cina. Selain itu, jurusan bahasa Mandarin juga telah diajar di pelbagai universiti di Indonesia.
Kini, semakin ramai penduduk kaum lain, termasuk bumiputera juga mahu anak-anak mereka belajar di sekolah yang mengajar mata pelajaran bahasa Mandarin, kerana penguasaan bahasa Mandarin bermanfaat bagi mereka menghadapi cabaran globalisasi ekonomi sedunia.
Kini, Agensi Penyelarasan Pendidikan Bahasa Mandarin yang berpangkalan di Jakarta telah ditubuhkan bagi merancakkan perkembangan pendidikan bahasa mandarin di seluruh Indonesia. Kini, pengambilan guru bahasa Mandarin merupakan kerja utama agensi tersebut, kerana jumlah guru sekarang sangat berkurangan. Kebanyakan guru bahasa Mandarin di Indonesia ialah graduan jurusan bahasa Mandarin di univeristi Indonesia dan sukarelawan Jabatan Pengajaran Bahasa Mandarin Luar Negara, Kementerian Pendidikan China dan badan pendidikan Indonesia.
Seramai 20 orang mahasiswa Univeristi Ji'nan Guangzhou yang merupakan sukarelawan pertama China sudah berada di Indonesia sejak bulan Julai tahun lalu dan berkhidmat mengajar bahasa Mandarin di pelbagai sekolah di 9 provinsi Indonesia.
Dimaklumkan, Agensi Penyelarasan Pendidikan Bahasa Mandarin Indonesia kini merancang menyediakan statistik tentang jumlah sekolah dan guru yang mengajar bahasa Mandarin, dan menggubal panduan pengajaran dan ujian bahasa Mandarin bagi merancakkan dan menstandardkan usaha pendidikan bahasa Mandarin di seluruh Indonesia.
|