Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-15 16:08:50    
Kerjasama Ekonomi China-ASEAN Masuk Tempoh Emas

CRI

Penolong Menteri Perdagangan China Fu Ziying hari ini dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing menyatakan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah perdagangan China-ASEAN meningkat dengan cepat, pembinaan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN telah memasuki fasa pelaksanaan. Ini menandakan kerjasama ekonomi China-ASEAN telah memasuki tempoh perkembangan emas.

Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini mengadakan sidang akhbar di Beijing. Penolong Menteri Perdagangan China Fu Ziying menyatakan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, skop kerjasama ekonomi China-ASEAN semakin meningkat, kerjasama tersebut telah memasuki tempoh perkembangan emas. Beliau berkata, "Pada tahun 2002 hingga tahun 2004, jumlah perdagangan China-ASEAN purata meningkat 38.9% setiap tahun. Pada tahun lalu, jumlah perdagangan dua hala mencapai 105.9 bilion dolar Amerika dan mewujudkan matlamat melebihi 100 bilion dolar Amerika setahun lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. Berdasarkan peningkatan kerjasama ekonomi dua hala, pembinaan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN telah dipercepat, khususnya pada bulan Julai, China dan ASEAN melaksanakan dasar pengurangan tarif, ini menandakan pembinaan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN memasuki fasa pelaksanaan."

Kawasan perdagangan bebas China-ASEAN merupakan kawasan perdagangan bebas pertama yang dibina oleh China dengan negara lain. Kawasan perdagangan bebas China-ASEAN akan siap sepenuhnya pada tahun 2010 dan merupakan kawasan perdagangan bebas paling besar di Asia, ia akan melibatkan 1.8 bilion orang pengguna dan jumlah perdagangan setahunnya akan melebihi 2000 bilion dolar Amerika. Dimaklumkan, sejak pembinaan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN dimulakan pada tahun 2002, dalam tempoh dua tahun, jumlah perdagangan dua hala telah meningkat 50 bilion dolar Amerika. ASEAN telah menjadi rakan dagangan keempat terbesar China.

Fu Ziying menyatakan pada penghujung tahun ini, China dan ASEAN juga akan mengadakan rundingan tentang pembukaan pasaran kewangan, pengangkutan, pelancongan, insurans dan lain-lain. Beliau menegaskan bahawa membina kawasan perdagangan bebas China-ASEAN merupakan kaedah penting kedua-dua pihak melaksanakan kerjasama ekonomi berdasarkan prinsip saling menguntungkan dan juga merupakan langkah penting China melaksanakan strategi pasaran perdagangan, ini tidak merujuk kepada sesebuah negara dan kawasan.

Beliau menyatakan, seiring dengan pembinaan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN, masa depan hubungan perdagangan kedua-dua pihak sangat baik.

Dalam sidang akhbar tersebut, pegawai China juga menjelaskan persiapan Ekspo China-ASEAN ke-2. Ekspo China-ASEAN pertama berjaya diadakan di Bandar Nanning China pada tahun lalu. Ekspo China-ASEAN ke-2 juga akan diadakan di Bandar Nanning pada 19 hingga 22 Oktober.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China Encik Li Jinzao memaklumkan persiapan Ekspo tersebut, beliau berkata, "kami mempelawa ramai pedagang pembeli, pelabur, perkhidmatan. Kami juga menyediakan data pedagang pembeli, pelabur dan perhidmatan serta banyak cadangan kerjasama daripada pedagang tempatan dan negara ASEAN. Kami berharap melalui usaha tersebut mendorong Ekspo itu mencapai kejayaan lebih besar dalam bidang kerjasama perdagangan."