Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-16 18:59:06    
Zeng Peiyan: Pembangunan Projek Tiga Guang Lahirkan Kesan Penting bagi Bekalan Tenaga Elektrik China

CRI

Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan dalam upacara perasmian loji janakuasa hidroelektrik tebing kiri Projek Tiga Guang Sungai Yangtze yang diadakan di bandar Yichang, Provinsi Hubei, China hari ini menyatakan bahawa pembangunan lancar projek Tiga Guang mempunyai pengaruh penting bagi bekalan tenaga elektrik China.

Beliau menyatakan, setakat pertengahan bulan September tahun ini, Loji Janakuasa Hidroelektrik Tiga Guang telah membekalkan lebih 80 bilion kilowatt/jam, secara berkesan mengatasi kekurangan bekalan elektrik di bahagian timur dan tengah China.

Beliau juga menyatakan bahawa kualiti dan keselamatan projek harus diutamakan, harus mempercepat pemindahan penduduk di kawasan projek, mencegah bencana geologi, melakukan perlindungan dan pembangunan ekologi alam sekitar dengan baik.