Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-16 15:27:47    
Shenzhen Digelarkan Sebagai Bandar "Kualiti Kehidupan" yang Paling Baik di China

Agensi Berita Xinhua China

Dalam Sidang Kemuncak Beijing Forum Bandar China Tahun 2005 yang diadakan pada 13 September, senarai nama "kualiti kehidupan bandar China 2005" diumumkan secara rasmi. Shenzhen digelarkan sebagai bandar yang mempunyai "kualiti kehidupan yang paling baik" di China.

"Akhbar Malam Beijing" melaporkan, penilaian itu diadakan terhadap 100 buah bandar yang Keluaran Dalam Negara Kasarnya menduduki tempat terdepan di China yang melibatkan bidang pakaian, makanan, kediaman, lalu lintas, kelahiran, jaminan sosial warga tua, kesakitan, kematian, keselamatan, dan kehiburan penduduk bandar-bandar tersebut dengan merujuk keputusan peniasatan menerusi internet.

"Laporan Kualiti Kehidupan Bandar China" pertama dalam negara yang dikeluarkan oleh Institut Pengajian Pembangunan Bandar Antarabangsa Beijing menerusi penyelidikan selama setahun menunjukkan, 10 bandar yang kualiti kehidupannya menduduki tempat terdepan ialah Shenzhen, Donggan, Shanghai, Beijing, Hangzhou, zhuhai, Ningbo, Suzhou, Guangzhou dan Xiamen.

Ketua Kumpulan Pengkajian Kualiti Kehidupan Bandar China, yang juga Presiden Institut Pengajian Pembangunan Bandar Antarabangsan Beijing Lian Yuming memaklumkan, kualiti kehidupan merupakan teras penilaian bandar, tahap kualiti kehidupan bandar merupakan tanda utama untuk menentukan nilai sesebuah bandar. Nilai sesebuah bandar bukan sahaja ditentukan oleh sama ada bandar itu mempunyai kekuatan ekonomi yang kuat, tetapi juga ditentukan pula kemampuan bandar itu untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dan menyediakan lebih banyak peluang kerja dan ruangan pembangunan kepada penduduknya.

Selai itu, Institut Pengajian Pembangunan Bandar Antarabangsan Beijing telah melaksanakan tinjauan pendapat umum menerusi internet tentang 10 aspek yang merupakan tumpuan perhatian terbesar dalam pembangunan bandar China dalam 5 hingga 10 tahun akan datang. Melalui penilaian 150 ribu penduduk menerusi internet, 10 masalah yang diperhatikan oleh mereka ialah: perubatan harga rendah, jaminan sosial yang sempurna, keikhlasan, kebebasan pemindahan, meluaskan kumpulan pendapatan sederhana, pentadbiran yang telus, ekologi hijau, menjimatkan air dan tenaga, persefahaman masyarakat dan pencegahan AIDS.