Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-16 12:10:26    
Pelaksanaan Perjanjian Damai Antara Kerajaan Indonesia-Gerakan Aceh Merdeka Mengorak Langkah Penting

CRI

Wartawan CRI melaporkan, berdasarkan perjanjian damai antara kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka, Gerakan Aceh Merdeka mula meletakkan senjatanya pada 15 September. Pada hari sebelum itu, seramai 1300 anggota polis telah berundur dari Aceh. Masyarakat umum berpendapat bahawa sama ada kedua-dua pihak berjaya meletakkan senjata dan melaksanakan operasi pengunduran tentera dan polis atau tidak merupakan tahap yang paling penting terhadap pelaksanaan perjanjian damai tersebut.

Semalam, atas penyeliaan kumpulan pemantau bersama yang terdiri daripada pegawai Kesatuan Eropah dan negara ASEAN, sebahagian anggota Gerakan Aceh Merdeka mengeluarkan senjata mereka di kawasan pinggir Banda Aceh. Berdasarkan maklumat kumpulan pemantau tersebut, Gerakan Aceh Merdeka akan menamatkan operasi penyeraan senjata fasa pertama dalam tempoh tiga hari akan datang. Sebanyak 210 unit senjata akan diserahkan di pelbagai tempat.

Berdasarkan perjanjian damai yang dicapai oleh kerajaan Indonesia dengan Gerakan Aceh Merdeka di Helsinki, Finland pada 15 Ogos, Gerakan Aceh Merdeka akan bermula 15 September hingga penghujung tahun ini akan meletakkan 840 unit senjatanya melalui empat fasa. Di samping itu, kerajaan Indonesia juga akan mengundurkan tentera dan polis dari Aceh.

Pada masa ini, kerajaan Indonesia menempatkan seramai 30 ribu askar dan 15 ribu polis di Aceh. Berdasarkan perjanjian damai tersebut, kerajaan Indonesia akan hanya menempatkan lebih kurang 15 ribu askar dan 9100 polis sahaja di Aceh. Pada 14 September, seramai 1300 polis telah berundur dari Aceh. Dalam majlis yang diadakan semalam, Ketua Polis Indonesia menyatakan bahawa pengunduran lebih awal daripada jadual yang ditetapkan itu menunjukkan keikhlasan kerajaan Indonesia, berikutnya seramai empat ribu polis akan berperingkat-peringkat berundur dari Aceh.

Kerajaan Indonesia pernah kerap kali mengadakan rundingan dengan Gerakan Aceh Merdeka tentang pelaksanaan gencatan senjata dan menandatangani perjanjian damai, akan tetapi gagal mencapai persepakatan. Tsunami yang melanda Indonesia pada penghujung tahun lalu menjejaskan provinsi Aceh dengan serius dan mengakibatkan kerugian besar. Akan tetapi peristiwa tersebut menyediakan peluang yang berharga untuk mewujudkan keamanan di Indonesia. Kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka telah menandatangani perjanjian damai di Helsinki, Finland pada bulan lalu.

Penganalisis berpendapat bahawa sama ada perjanjian damai tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya atau tidak, bergantung kepada sama ada peletakan senjata dan pengunduran tentera dan polis dalam tempoh tiga bulan setengah dapat dilaksanakan atau tidak. Dalam tempoh tersebut, pihak yang menglanggar perjanjian damai tersebut akan menjejaskan pelaksanaan perjanjian tersebut. Pelucutan senjata Gerakan Aceh Merdeka dan operasi pengunduran tentera dan polis Indonesia merupakan cabaran besar bagi kedua-dia pihak. Walaupun masa depan Aceh masih belum ditetapkan, tetapi masyarakat umum berpendapat setakat ini semua perkembangan berjalan lancar dan orang ramai optimis terhadap pelaksanaan perjanjian damai tersebut akan mewujudkan keamanan berkekalan di Aceh.