|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Biro Statistik Negara China memaklumkan semalam bahawa dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini, pelaburan aset tetap China meningkat 27.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kadar peningkatnya menurun 2.9%.

Berdasarkan statistik tersebut, dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini, pelaburan seluruh negara China terhadap aset tetap mencapai lebih 4,100 bilion Yuan RMB. Antaranya, pelaburan terhadap industri kedua berkembang paling cepat meningkat 35.2%.

|