|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pegawai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Korom Zay di Beijing semalam menyatakan, China merupakan negara ekonomi pasaran kerana ekonomi swasta menduduki 2/3 ekonomi nasional.
Demikian dikatakan oleh beliau dalam majlis taklimat pertubuhan itu.
Berdasarkan "Laporan Siasatan Ekonomi China" yang diumumkan kali pertama oleh pertubuhan itu, dalam tempoh 25 tahun yang lalu, China mencapai kejayaan dalam bidang pertumbuhan ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Kejayaan itu dicapai disebabkan pelaksanaan dasar ekonomi kerajaan.
|