Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-27 12:45:14    
Kerajaan Bandar Shenzhen Tumpukan Perhatian terhadap Kepentingan Rakyat

Agensi Berita Xinhua China

Rakyat China sentiasa berhasrat mencapai modenisasi untuk meningkatkan taraf hidup. Kerajaan bandar Shenzhen telah menubuhkan zon pembangunan ekonomi yang terbesar di China dan telah melaksanakan beberapa dasar dan tindakan baru-baru ini untuk mengutamakan kepentingan rakyat yang bukan hanya bertindak mempercepat pertumbuhan ekonomi sahaja dalam proses menjayakan modenisasi tersebut.

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, kecepatan pertumbuhan ekonomi di bandar Shenzhen mencatat 28% setiap tahun. Bandar Shenzhen berkembang daripada sebuah pekan kecil di kawasan sempadan menjadi bandar yang menduduki tempat teratas di China, kecepatan yang pesat itu pernah menjadi contoh bandar lain di China. Akan tetapi, pada tahun-tahun kebelakangan ini, tindakan yang hanya mengutamakan pertumbuhan ekonomi yang cepat sahaja semakin tidak lagi memenuhi keperluan orang ramai. Naib Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pembaharuan Bandar Shenzhen encik Shen Yi menyatakan, "Modenisasi bukan hanya perkembangan KDNK sahaja, tetapi juga harus meliputi isu yang berkaitan syarat hidup rakyat antaranya peningkatan taraf pemuliharaan ekologi alam sektiar, kebudayaan, rekreasi dan lain-lain."

Berdasarkan rancangan yang sedia ada, modenisasi akan diwujudkan di bandar Shenzhen pada tahun 2005 lebih awal berbanding bandar lain di China. Akan tetapi pada awal tahun lalu, kerajaan bandar itu mengumumkan akan menunda tarikh akhir rancangan itu sehingga lima tahun akan datang dan meminda beberapa sistem jatah rancangan modenisasi itu. Encik Shen Yi menyertai kerja meminda jatah tersebut. Beliau menyatakan, modenisasi telah diwujudkan di bandar Shenzhen dari segi ekonomi, akan tetapi banyak masalah tetap wujud antaranya sumber tenaga yang digunakan terlalu banyak, ekologi alam sekitar terjejas, pengurusan masyarakat kurang sempurna dan lain-lain.

Kerajaan bandar Shenzhen mulai meminda jatah rancangan modenisasi yang sedia ada: misalnya meminda jatah kadar pengangguran, menambah jumlah buku di perpustakaan awam, keluasan rumah kediaman penduduk, kecepatan pergerakan kenderaan di bandar pada waktu sibuk, jumlah keluar masuk pelancong di lapangan terbang antarabangsa, kadar litupan rumput dan pokok, kadar pelupusan air kumbahan di bandar dan lain-lain agar perkembangan sosioekonomi bermanfaat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menurut pakar, bandar Shenzhen merupakan sebuah bandar yang kekurangan sumber tenaga, sehubungan dengan itu, kerajaan harus mencadangkan cara pengeluaran dan penjimatan penggunaan sumber tenaga. Modenisasi bukan bermakna penggunaan tenaga elektrik lebih banyak, jumlah kereta persendirian lebih banyak, rumah kediaman lebih luas, tetapi kadar penjimatan penggunaan sumber tenaga yang berkesan, ekologi alam sekitar dan kualiti udara yang lebih baik.

Untuk mewujudkan matlamat tersebut, kerajaan bandar Shenzhen sedang menetapkan dasar dan tindakan untuk memeriksa dan memantau peranan jabatan kerajaan, menggalakkan perusahaan mengembangkan ekonomi yang boleh dikitar semula, membangunkan masyarakat yang harmonis dan mesra. Tindakan-tindakan tersebut melibatkan empat bidang iaitu "kesan makro ekonomi", "ekologi alam sekitar", "motif inovasi" dan "masyarakat harmoni", bertujuan mengurangkan penggunaan sumber tenaga dan penggunaannya yang lebih kesan, memulihara ekologi alam sekitar, meningkatkan kedinamikan masyarakat dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk berdaftar di bandar Shenzhen hanya 1.65 juta orang sahaja, akan tetapi jumlah pekerja dari tempat lain yang bekerja di bandar itu berjumlah lebih 8 juta. Kerajaan bandar itu juga berusaha meningkatkan taraf hidup pekerja dari tempat lain.

----Ching