Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-27 12:45:14    
Perubatan di Tibet Berkembang Maju

CRI

Seiring dengan perkembangan masa dan kemajuan sains serta teknologi moden, empat sistem perubatan tradisional di dunia yang pernah memainkan peranan penting dalam sejarah perubatan manusia iaitu perubatan tradisional China, perubatan Tibet China, perubatan tradisional India dan Arab pada masa lampua, kini masih kekal dua sahaja iaitu perubatan tradisional China dan perubatan Tibet China. Kedua-dua sistem perubatan itu terus berkembang maju pada masa ini dan bermanfaat bagi merawat pesakit dan mengekalkan kesihatan orang ramai.

Institut Perubatan Tibet terletak berhampiran Zon Perlindungan Alam Paya Laru yang terkenal di Tibet. Semua bentuk bangunan di institut itu antaranya bangunan pusat pengajaran, bangunan pejabat, bangunan pusat rawatan pakar dan lain-lain bercorak seni bina Tibet. Naib Canselor institiut itu Chilai Wangjie memberitahu wartawan,

"Perubatan dan ubat-ubatan Tibet merupakan komponen penting kebudayaan etnik Tibet. Banyak pengetahuan perubatan tradisional China, perubatan tradisional India telah dipelajari untuk membentuk sistem perubatan dan ubat-ubatan Tibet yang istimewa di dataran tinggi Tibet. Sistem perubatan dan ubat-ubatan Tibet dibentuk pada lebih 2800 tahun yang lalu dan dicatat sejak lebih 1300 tahun lalu."

Menurut maklumat Chilai Wangjie, walaupun perubatan moden amat maju pada masa ini, akan tetapi penduduk Tibet tetap mempercayai perubatan Tibet disebabkan sistem perubatan itu lengkap dan istimewa, semua bahan ubat-ubatan yang digunakan merupakan bahan herba. Beliau menyatakan,

"`Kerajaan telah mengesahkan penubuhan Institut Perubatan Tibet pada 12 tahun lalu untuk mengembangkan sistem perubatan dan ubat-ubatan Tibet. Ini bermakna kerajaan China menumpukan perhatian terhadap usaha mengekalkan dan mengembangkan sistem perubatan Tibet."

Pada masa ini, terdapat lebih 700 pelajar, lebih 140 pensyarah dan kakitangan di Institut Perubatan Tibet. Dua jurusan iaitu jurusan ilmu perubatan Tibet dan jurusan ilmu ubat-ubatan Tibet dibuka untuk mengajar ribuan pelajar menjadi tenaga profesional perubatan Tibet di Wilayah Autonomi Tibet, Provinsi-provinsi Qinghai, Gansu dan Sichuan. Institut itu telah menjadi pangkalan pendidikan yang melatih tenaga profesional perubatan Tibet di China. Selain itu, Institut Perubatan Tibet juga memiliki pusat penyelidikan sains dan kajian ubat-ubatan Tibet serta syarikat pengeluar ubat-ubatan Tibet yang jumlah pelaburannya mencatat lebih 100 juta Yuan RMB. Institut itu melaksanakan pertukaran kepakaran dengan jabatan sains, pusat kajian dan institusi pengajian tinggi di Tanah Besar China, Hong Kong, A.S. dan Jerman untuk memperkenalkan perubatan dan ubat-ubatan Tibet.

Dalam bilik yang bersih di hospital Tibet, encik Langci Jieren sedang berbaring di katil dan diperiksa oleh Doktor Gesang Pingcuo, Pengarah hospital itu. Encik Langci Jieren mengidap penyakit tekanan darah tinggi selama beberapa tahun. Ketika dimasukkan ke hospital itu, pandangan beliau kabur dan tidak dapat berjalan. Setelah dirawat menggunakan ubat-ubatan Tibet selama tiga minggu, tekanan darahnya sudah menurun dan beliau dapat berjalan dengan sendiri. Beliau berkata,

"Doktor Gesang Pingcuo bukan sahaja sering memeriksa tugas ratawan di bilik hospital, tetapi juga mengunjungi para pesakit dan memeriksa penyakit kami pada masa lapangnya. Selain itu, taraf pengurusan dan teknologi perubatan di hospital ini baik, saya berasa puas hati."

----Ching