Pada masa ini, kerajaan China sedang berusaha membentuk sistem perubatan kerjasama baru di desa, agar sistem itu dilaksanakan di semua desa di China pada tahun 2008, dua tahun lebih awal daripada rancangan, untuk menyelesaikan masalah para petani sukar mendapat rawatan apa bila mengidap penyakit.
Terdapat kira-kira 800 juta penduduk tinggal di desa di China, angka itu menduduki 70% jumlah penduduk China. berbanding dengan bandar, pertumbuhan ekonomi di kawasan desa lambat, kemudahan perubatan mundur, pendapatan kaum tani juga rendah. Berdasarkan statistik, kira-kira separuh petani tidak mampu membayar kos rawatan di China pada masa ini, sejumlah keluarga menjadi miskin disebabkan harus membayar kos rawatan anggota keluarga mereka.
Pada tahun 1950-an, kerajaan China pernah membentuk sistem perubatan kerjasama di desa supaya kaum tani dapat bantu membantu, akan tetapi sistem itu tidak selaras lagi dengan perkembangan zaman pada tahun 1980-an. Sehubungan dengan itu, kerajaan China menetapkan membentuk sistem perubatan kerjasama baru di desa untuk menyelesaikan masalah para petani sukar mendapat rawatan atau tidak mampu membayar kos rawatan apa bila mengidap penyakit. Dalam konsep perubatan kerjasama desa yang baru itu, tabung perubatan kerjasama akan ditubuhkan untuk membayar biaya rawatan para petani. Modal tabung itu dikumpul daripada tiga pihak, pertama, setiap petani yang menyertai perubatan kerjasama itu menyumbang 10 Yuan RMB setahun, kerajaan pusat dan kerajaan tempatan menyediakan 10 Yuan RMB setahun kepada setiap petani yang menyertai perubatan kerjasama itu. Setelah petani menyertai perubatan kerjasama, kos rawatannya boleh dibayar balik oleh kerajaan dengan kadar yang tertentu.
Pakar sosiologi Akademi Sains Sosial China puan Yang Tuan menyatakan, kerajaan China telah melaksanakan percubaan sistem perubatan kerjasama desa di beberapa kawasan sejak tahun 2003. Beliau berkata,
"Kerajaan China melaksanakan percubaan perubatan kerjasama desa sejak tahun 2003 melalui dua peringkat. Pada peringkat pertama sistem itu dilaksanakan di 310 kaunti dengan melibatkan lebih 90 juta orang, pada peringkat kedua, sistem itu dilaksanakan di lebih 500 kaunti melibatkan kira-kira 150 juta orang."
Berdasarkan statistik, pada tahun lalu, jabatan kerajaan telah mengumpul hampir 3.3 bilion Yuan RMB untuk tabung perubatan kerjasama desa, membayar balik sebahagian kos rawatan lebih 76 juta orang dan memberi rawatan dan memeriksa kesihatan untuk 8.1 juta orang. Pakar berpendapat, pembentukan sistem perubatan kerjasama desa yang baru memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah para petani sukar mendapat rawatan dan meningkatkan taraf jaminan perubatan mereka. Puan Yang Tuan menyatakan, baru-baru ini, kerajaan China telah menetapkan mempercepat langkah pembentukan sistem perubatan kerjasama baru di desa dan berusaha agar sistem itu dapat dilaksanakan di 40% desa pada tahun depan dan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 2008. Selain itu, kerajaan pusat juga meningkatkan bantuan kewangan kepada petani yang menyertai perubatan kerjasama. Puan Yang Tuan menyatakan.
" Kerajaan China mempercepat langkah melaksanakan sistem perubatan kerjasama bermakna isu kesihatan di desa telah mendapat perhatian kerajaan. Kerajaan pusat akan meningkatkan bantuan kewangan pada masa depan."
----Ching
|