Penyakit yang sering menyerang pada musim sejuk diubati pada musim panas merupakan sejenis kaedah perubatan tradisional China yang istimewa. Kaedah perubatan itu terutamanya memilih musim panas sebagai masa rawatan untuk mengubati penyakit yang sering menyerang atau menjadi lebih teruk pada musim sejuk, kerana penyakit itu biasanya tidak begitu teruk pada musim panas. Dengan demikian, penyakit itu boleh dicegah atau dikurangkan kesan sakit yang terpaksa difanggung oleh pesakit.
Pada musim panas setiap tahun, hospital perubatan tradisional di pelbagai tempat di China sering menyediakan perkhidmatan rawatan untuk pesakit yang sering diserang penyakit pada musim sejuk.
Menurut teori perubatan tradisional China, terdapat angin negatif dan positif dalam badan manusia dan hanya apabila kedua-dua angin negatif dan positif seimbang dalam, baru seseorang itu sihat. Angin positif menjadi lebih kuat dalam badan manusia sewaktu musim panas, manakala angina negatif lebih kuat sewaktu musim sejuk. Sesuatu penyakit menjadi lebih teruk sewaktu musim sejuk dan tidak begitu teruk sewaktu musim panas disebabkan angin negatifnya terlalu kuat sewaktu musim sejuk. Keseimbangan angin negatif dan angin positif lebih mudah dikawal sewaktu musim panas.
Selain itu, pada musim panas, peluh lebih banyak dan pelbagai titik akupunktur dan urat nadi lebih sensitive. Jika perubatan plaster berubat atau akupunktur diadakan pada musim panas, pesakit itu lebih mudah dirawat dengn berkesan.
Dr. Li Guoqin, Ketua Jabatan Pernafasan Hospital Perubatan Tradisional China Guanganmen Beijing memaklumkan, "Kekebalan daya tahan penyakit badan manusia dapat ditingkatkan jika penyakit musim sejuk diubati pada musim panas. Biasanya kira-kira 80% penyakit musim sejuk boleh dikurangkan nisbah berlakunya setelah diubati pada musim panas."
Pada masa ini, kaedah mengubati penyakit musim sejuk pada musim panas terutamanya dilakukan dalam rawatan penyakit asma, radang sendi, daging reput dan rinitis.
Encik Du Ke yang berumur lebih 40 tahun telah mengidap penyakit asma. Beliau berkata, "Pada masa dahulu, apabila demam, saya sukar bernafas dan perut saya sangat sakit. Saya selalu terasa tekak tersumbat. Rasanya tidak seronok dan sukar bernafas."
Setelah diubati selama beberapa proses rawatan perubatan palster berubat China pada musim panas, Encik Du Ke berasa sangat selesa dan agak sihat. Beliau berkata, "Setelah ditampal menggunakan plaster berubat, dalam tempoh 3 tahun lalu, saya berasa agak selesa. Pada masa dahulu, saya sukar bernafas jika berlari 10 hingga 20 meter sahaja. Sekarang saya boleh mengangkat barang berat dan beriadah. Pendek kata, kesihatan saya sudah normal."
Bagaimanapun, kaedah perubatan penyakit asma agak rumit. Terdapat beberapa jenis plaster berubat yang digunakan dalam perubatan asma. Dr. Tu Jinwen yang bertugas di Hospital Perubatan Tradisional China Provinsi Hubei berkata, "Memperkatakan penyakit asma, setiap pesakit asma berbeza tahap kesihatannya, keadaan penyakitnya dan punca menidap penyakit itu. Maka bukan semua penyakit boleh diubati menggunakan sejenis ubat yang sama."
----AZMI
|