Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-19 12:41:03    
Perkembangan Telekomunikasi di Tibet

CRI

Tidak terdapat lebuh raya di kaunti Motuo, akan tetapi penduduk di sana boleh mendapat maklumat melalui pelbagai saluran pada masa ini. Di bandar Lhasa Tibet, anda boleh menyaksikan penduduk tempatan, penganut agama Buddha Tibet yang menziarahi Istana Potala dan kuil Dazhao, pelancong dalam dan luar negara bahkan sami berkomunikasi menerusi telefon bimbit di merata tempat. Kadar bayaran telefon perkhidmatan di pondok telefon sepanjang jalan di bandar Lhasa amat murah, kadar bayaran perkhidmatan telefon panggilan jauh dari Lhasa ke kawasan pedalaman hanya 0.3 Yuan RMB setiap minit.

Naib Ketua Pengurus Syarikat Telekomunikasi Tibet China Telecom encik Xu Yongping semasa menimbau kembali keadaan semasa beliau baru bekerja di Tibet menyatakan,

"Saya bekerja di Tibet sejak tahun 1983. Pada ketika itu, perkhidmatan telekomunikasi jarang digunakan di Tibet. Kami hanya boleh menghantar telegraf ke kaunti lain. Pada tahun 1990, telefon tidak dapat digunakan di 43 kaunti di Tibet. Perkhidmatan telefon panggilan jauh di Tibet hanya berjumlah 10 buah."

Menurut encik Xu Yongping, disebabkan muka bumi di Tibet bergunung ganang, sehingga awal tahun 1990-an, telekomunikasi di Tibet baru berkembang maju. Pada awal tahun 1994, sistem satelit digunakan untuk membolehkan perkhidmatan telefon dapat digunakan di pelbagai kaunti di Tibet.

Wartawan radio kami Wang Dui menyatakan,

"Salji lebat telah berlaku di kawasan utara Tibet pada tahun 1998 mengakibatkan banyak ternakan mati. Jalan-jalan utama tidak boleh dilalui sehingga anggota pasukan penyelamat tidak dapat pergi ke kawasan bencana dan membantu mangsa di sana. Mereka tidak dapat menghantar bantuan dengan kapal terbang. Anggota penyelamat hanya boleh berhubung dengan mangsa tersebut menerusi perkhidmatan telefon untuk menyelamatkan nyawa ramai orang."

Sejak memasuki abad ke-21, perkhidmatan telekomunikasi di Tibet berkembang pesat. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kerajaan pusat dan China Telecom telah memperuntukkan dua bilion Yuan RMB untuk membangunkan kemudahan telekomunikasi di sana. Pada tahun lalu, telefon boleh digunakan di semua kaunti di Tibet, jumlah aset tetap syarikat telekomunikasi di sana berjumlah 3.4 bilion Yuan RMB, kabel telefon sepanjang 12 ribu kilometer juga telah dipasang, garisan perkhidmatan telefon panggilan jauh meningkat kepada 67 ribu 100 buah, jumlah pengguna telefon mencatat 420 ribu.

Bukan sahaja perkhidmatan telefon, teknologi telekomunikasi moden seperti internet juga membolehkan penduduk Tibet mengetahui maklumat di luar negara dan penduduk di tempat lain juga dapat mengetahui maklumat di Tibet. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa laman web Tibet yang terkenal antaranya "Tibet On Line", "China Tibet News", "Tibet Tour" dan "Tibet Ok" menarik pengguna internet di pelbagai tempat di dunia. Warga asing yang melancong di Tibet boleh berhubung dengan keluarga mereka menerusi internet di sebarang kaunti di Tibet. Internet mendorong perkembangan Tibet dalam pelbagai bidang.

Encik Xu Yongping menyatakan, kawasan Tibet amat luas, akan tetapi penduduknya tidak ramai, ini menyebabkan kos pembangunan telekomunikasi amat tinggi. Dalam tempoh belasan tahun yang lalu, mereka berurus niaga melalui pinjaman. Mereka terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelbagai lapisan masyarakat di Tibet. Beliau menyatakan,

"Terdapat lebih 6000 desa di Tibet. Telefon tidak dapat digunakan di lebih 4000 desa pada masa ini. Kami menghadapi banyak kesukaran kerana desa tersebut terletak jauh dari lebuh raya. Akan tetapi, kami akan terus berusaha untuk menjayakan usaha itu."

----Ching