Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-22 15:07:01    
Tinju China Zou Shiming

Agensi Berita Xinhua China

Dalam pertandingan Sukan Kebangsaan ke-10 China, Zou Shiming meraih pingat emas pertandingan tinju katogeri 48 kilogram dan sekali lagi memperkukuh kedudukannya dalam sukan tinju. Beliau berkemungkinan besar meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pada 12 September, Zhou Shiming menewaskan pelawannya dengan kelebihan kiraan mata yang besar dan meraih pingat emas. Zou Shiming berkata, "Sebelum pertandingan, para pesaing mengkaji saya, oleh itu setiap pertandingan merupakan cabaran bagi saya, saya bersikap serius terhadap diri sendiri dan berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar."

Dalam pertandingan Sukan Kebangsaan ke-10 China, Zou Shiming senang menewaskan semua pesiangnya dan mencipta rekod kemenangan dalam 35 pertandingan.

Walapun telah mencapai banyak kejayaan, akan tetapi karier Zou Shiming dalam acara tinju tidak lancar.

Sejak kecil, Zou Shiming berminat dalam acara badminton dan renang. Akan tetapi disebabkan bakat dan prestasinya dalam acara tinju lebih baik, guru sekolah sukan tersebut berpendapat beliau harus berkecimpung dalam acara tinju.

Zou Shiming berkata, "Pada masa itu matlamat saya kurang jelas, tidak terfikir menjadi johan dunia, saya hanya berharap selepas tamat dari sekolah memperoleh kerja yang baik. Ramai kawan sekelas saya masing-masing meninggalkan sekolah sebab tidak boleh tahan kesukaran dalam latihan. Saya juga ragu-ragu."

Semasa beliau berasa ragu-ragu, jurulatih sekolah sukan itu memilih beliau mengambil bahagian dalam pertandingan tinju peringkat provinsi dan beliau meraih pingat perak. Selepas itu, beliau dipilih oleh jurulatih di provinsi mengambil bahagian dalam pertandingan remaja kebangsaan. Zou Shiming meraih pingat gangsa dalam pertandingan tersebut. Seiring dengan penyertaan pertadingan yang lebih banyak, matlamat Zou Shiming semakin jelas iaitu meraih pingat emas.

Pada tahun 2000, Zou Shiming menganggotai pasukan Kebangsaan dan menjadi rakan latihan johan kebangsaan China katogeri 48 kilogram Li Zengmao. Semasa mengenang kembali pengalaman tersebut, Zou Shiming menyatakan beliau tidak bersungut, semasa baru menganggotai pasukan kebangsaan, beliau bernasib baik kerana berpeluang berlatih dengan johan kebangsaan dan juga berharap belajar daripada peninju unggul yang lain. Dalam latihan, Zou Shiming mendapati persembahannya tidak lemah, ini meningkatkan keyakinan diri Zou Shiming.

18 Mei 2000 merupakan hari yang sukar dilupakan oleh Zou Shiming. Pada hari itu, beliau menewaskan Li Zengmao dalam Kejohanan Kebangsaan China. Beliau berkata, "Hari itu adalah hari ulang tahun saya, selepas pertandingan saya segera menghubungi ibu saya melalui telefon memberitahu berita baik tersebut."

Selepas itu, Zou Shiming telah meraih lebih 20 johan kebangsaan dan tidak ada peasing yang dapat menandanginya di dalam negeri. Oleh itu, beliau menumpukan perhatian dalam pertandingan antarabangsa.

Dalam pertandingan Kejohanan Dunia 2003, beliau meraih pingat perak katogeri 48 kilogram dan mengisi kekosongan pingat pasukan negara China dalam Kejohanan Tinju Dunia. Pada tahun 2004, Zou Shiming meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2004 dan pingat gangsa itu merupakan pingat pertama yang diraih oleh pasukan China dalam acara Tinju Sukan Olimpik. Dalam Universiad Dunia 2004, beliau meraih pingat emas.

Pada tahun 2008, Zou Shiming berumur 27 tahun. Beliau akan memasuki tempoh emas atlet tinju. Beliau berazam meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik, beliau berkata, "mengambil bahagian dan meraih pingat emas merupakan impian setiap atlet, pada tahun 2008 matlamat saya sangat jelas iaitu meraih pingat emas."