Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-29 13:51:27    
China Anjurkan Temasya Sukan Tenis Terkenal Dunia

CRI

Pertandingan Tenis Terbuka China ke-2 diadakan di Beijing baru-baru ini, walaupun pertandingan tersebut baru dimulakan sejak dua tahun lalu, akan tetapi pihak penganjur berazam menjadikan Pertandingan Tenis Terbuka China sebagai temasya sukan peringkat dunia yang setanding dengan empat pertandingan tenis terkenal di dunia.

Pertandingan Tenis Terbuka China ke-2 diadakan di Beijing pada 10 September. Seramai lebih 400 pemain dari pelbagai negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Antara mereka termasuk bintang tenis dunia iaitu Maria Sharapova, Venus Williams, Serena Williams, Rafael Nadal, Juan Carlos Ferrero dan lain-lain. Naib Ketua Pengarah Jabatan Sukan Beijing encik Li Jinkang berpuas hati terhadap penyertaan bintang sukan tenis tersebut. Beliau menyatakan bahawa temasya sukan tenis terkenal dunia merupakan kejayaan sesebuah bandar, banyak bandar terkenal dunia mempunyai temasya sukan terkenal dunia, contohnya Paris menganjurkan Pertandingan Tenis Terbuka Perancis, apabila kita menyebut Pertandingan Buka Tenis Australia, orang ramai akan teringat akan bandar Melbourne. Menganjurkan temasya tenis terkenal dunia merupakan keperluan perkembangan bandar Beijing. Beliau berkata, "Dalam rancangan pembangunan bandar Beijing termasuk menjadikan Beijing sebagai salah sebuah bandar pusat sukan dan mempunyai temasya sukan terkenal dunia. Pertandingan Tenis Terbuka China pun merupakan temasya tersebut. Kami telah mengadakan pertandingan tersebut pada tahun lalu. Berdasarkan keadaan penganjuran pertandingan tersebut pada tahun lalu, ia telah menarik perhatian masyarakat di dalam dan luar negara."

Untuk menjayakan Pertandingan Tenis Terbuka China, kerajaan China telah memperuntukkan lebih 6 juta dolar Amerika untuk membina kompleks tenis yang boleh menampung 10 ribu orang penonton dan 14 gelanggang pertandingan. Bintang tenis, Thailand Paradon Srichapan yang telah mengambil dalam pertandingan tersebut menyatakan bahawa kompleks tenis Pertandingan Tenis Terbuka China merupakan gelanggang tenis yang paling menarik di Asia.

Untuk menganjurkan temasya sukan terkenal dunia dan menarik penyertaan pemain terkenal di dunia atau tidak merupakan perkara yang penting. Suruhanjaya Pertandingan Tenis Terbuka China berjaya mempelawa ramai bintang tenis terkenal dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Tenis Pemain Lelaki Profesional Dunia Mark Miles menyanjung tinggi kejayaan China tersebut. Pemain Sepanyol yang juga johan tenis perseorangan lelaki Pertandingan Tenis Terbuka Perancis 2003 Juan Carlos Ferrero menyatakan bahawa budaya China yang sangat istimewa merupakan salah satu faktor menarik beliau mengambil bahagian dalam Pertandingan Tenis Terbuka China dan faktor yang lain ialah kemudahan dan perkhidmatan yang baik di sini, beliau berkata, "syarat Pertandingan Tenis Terbuka China dalam pelbagai aspek sangat baik, saya rasa sangat selesa. Walaupun dari segi hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan tersebut tidak tinggi berbanding seperti pertandingan yang lain, akan tetapi saya berpuas hati terhadap perkhidmatan di sini."

Selain meningkatkan usaha dalam bidang pembinaan gelanggang tenis, hadiah wang tunai, penyertaan pemain terkenal dan lain-lain, Pertandingan Tenis Terbuka China juga mempelajari pengalaman pertandingan antarabangsa yang lain dan menyempurnakan usaha penganjuran.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Sukan Beijing Encik Li Jinkang menyatakan bahawa melalui usaha beberapa tahun, matlamat pihak penganjur ialah menjadikan Pertandingan Tenis Terbuka China sebagai pertandingan tenis kelima terkenal di dunia selain empat pertandingan tenis terkenal di dunia yang sedia ada. Beliau berkata, "Pertandingan Tenis Terbuka China masih belum memenuhi tuntutan sebagai pertandingan tenis kelima terkenal dunia, kami akan berusaha bersungguh-sunggun dan kayin matlamt tersebut boleh dicapai."