Menurut Agensi Berita Xinhua, "Asal tanah besar China terus berkembang, Taiwan pasti akan mencapai keuntungan besar daripada pembangunan tanah besar China sama seperti 20 tahun yang lalu. Saya penuh berkeyakinan terhadap pembangunan tanah besar China dan Taiwan pada masa depan." Demikian dikatakan oleh profesor Universiti Peking Lin Yifu dalam Forum Elit tanah besar China dan Taiwan.
Forum itu telah diadakan baru-baru ini. Dalam forum itu, lebih 200 orang pakar, tokoh dalam bidang perusahaan dari kedua-dua pantai Selat Taiwan dan wakil usahawan Taiwan telah mengadakan perbincangan tentang topik strategik perkembangan ekonomi tanah besar China dan prospek pelaburan usahawan Taiwan di tanah besar China serta penerbangan langsung antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Perkembangan ekonomi tanah besar China memberi peluang penting terhadap ekonomi Taiwan. Pandangan meningkatkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua pantai selat Taiwan merupakan cara yang mesti diperlukan untuk mencapai menang-menang dan kemakmuran bersama telah menjadi persefahaman para peserta forum itu.
Sarjana Taiwan Ye Wan'an menyatakan, Taiwan pernah berancang meningkatkan ekonomi Taiwan melalui pertukaran dan kerjasama ekonomi dengan tanah besar China, tetapi rancangan itu tidak terlaksana kerana gangguan faktor politik. Namun, selama lebih 10 tahun kebelakangan ini, pertukaran dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua pantai selat berkembang dengan sangat cepat dan telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi kedua-dua pihak.
Lin Yifu menyatakan, perkembangan ekonomi Taiwan dan tanah besar China masing-masing berada dalam tahap yang berbeza dan boleh saling melengkapi. Perkembangan ekonomi tanah besar China memberi pasaran eksport yang besar kepada Taiwan.
Para peserta forum itu juga menyeru secepat mungkin membuka penerbangan langsung antara Taiwan dan tanah besar.
Dalam tempoh forum itu, temu bual khusus yang diadakan itu telah membincangkan prospek dan arah pertukaran serta kerjasama kedua-dua pantai dalam bidang pertanian serta normalisasi pelaburan dan perdagangan kedua-dua pantai dan masalah lain.
|