Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-20 15:22:51    
Beijing akan Mendidik Pelatih untuk Sukan Olimpik 2008

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini menandatangani Memorandum Kerjasama Pelatih untuk Sukan Olimpik 2008 dengan 16 buah sekolah pengajian tinggi di Beijing, antaranya Universiti Peking, Universiti Tsinghua dan lain-lain. Menurut rancangan kerjasama itu, 16 buah sekolah pengajian tinggi tersebut akan menanggung tugas untuk mendidik 706 orang pelatih semasa Sukan Olimpik Beijing.

Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Li Binghua memaklumkan, pelatih sukan Olimpik ialah pelajar yang diterima menurut dasar kerajaan. Melalui pendidikan kerjasama antara sekolah pengajian tinggi dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, mereka akan menyelesaikan pelajaran asas, pelajaran profesional serta pengetahuan tentang sukan Olimpik, dan menyertai pelbagai kerja persiapan yang diadakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Masa praktik berbeza berdasarkan pos kerja, tempohnya kira-kira setengah tahun hingga setahun.

Dimaklumkan, rancangan itu meliputi 9 bidang, antaranya bahasa asing, komunikasi, logistik, undang-undang dan lain-lain. rancangan itu memerlukan 446 orang sarjana, 118 orang sarjana muda dan 142 orang pelajar sekolah vokasional. Memlalui perbincangan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Jawatankuasa Pendidikan Bandar Beijing menentukan 16 buah sekolah pengajian tinggi Beijing menanggung kerja tersebut. Mereka itu ialah Universiti Peking, Universiti Tsinghua, Universiti Rakyat China, Universiti Komunikasi, Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing dan lain-lain.

Naib Canselor Universiti Komunikasi China Ren Jinzhou menyatakan bahawa mereka itu akan dipilih daripada siswa yang diterima masuk universiti pada tahun 2006.