Wartawan CRI melaporkan, akhbar utama Singapura hari ini menyiarkan berita tentang lawatan Naib Perdana Menteri China Wu Yi ke Singapura dan berpendapat lawatan kali ini telah meningkatkan hubungan kerjasama dan persahabatan Singapura-China.
Lianhe Zaobao menerbitkan rencana bahawa dalam Sidang Ke-2 Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala Singapura-China, kedua-dua negara bersetuju menangani hubungan dua hala berdasarkan prinsip saling menguntungkan, dan ini menandakan kedua-dua negara berpendirian teguh dalam usaha penyusunan semula ASEAN dan hubungan kerjasama China-ASEAN.
The Straits Time juga berpendapat, lawatan Wu Yi kali ini telah menggalakkan peningkatan perdagangan dan hubungan kerjasama dua hala Singapura-China.
|