Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN Ke-26 yang sedang diadakan di Vientiane semalam menyeru pelbagai negara serantau menggalakkan kerjasama ekonomi agar mewujudkan proses integrasi ASEAN pada tahun 2020.
Para peserta bersetuju sebulat suara negara anggota ASEAN seharusnya melaksanakan pelbagai rancangan kerjasama dalam Rancangan Tindakan Vientiane yang diluluskan pada tahun lalu untuk mengurangkan jurang perkembangan antara negara anggota.
Para peserta juga menyeru bahawa negara anggota ASEAN, negara rakan dialog, pertubuhan serantau dan antarabangsa meningkatkan sokongan kepada Yayasan Pembangunan ASEAN.
|