Tiga negara pesisir Selat Melaka termasuk, Malaysia, Indonesia dan Singapura, serta turut disertai Thailand telah melancarkan "Eye in the Sky" (EiS) iaitu pemantauan rondaan udara maritim untuk meningkatkan keselamatan, membanteras kegiatan lanun dan keganasan di Selat Melaka pada 13 September lalu. Operasi tersebut merupakan satu tindakan baru untuk menjamin keselamatan di kawasan perairan Selat Melaka selepas ketiga-tiga negara pesisir itu mulai menjalankan rondaan maritim bersama pada bulan Julai tahun lalu.
Timbalan Ketua Operasi, Markas Armada Barat Tentera Laut Indonesia, Kol Suryo Wiranto ketika diwawancara tentang operasi "Eye in the Sky" yang menjadi tumpuan perhatian masyarakat antarabangsa itu menyatakan, cadangan tentang menjalankan rondaan udara di Selat Melaka itu dikemukakan oleh Malaysia pada bulan Ogos lalu dan turut disambut baik oleh negara-negara pesisir. Tujuan utama operasi kali ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang pelbagai perkara yang berkaitan keselamatan di kawasan perairan Selat Melaka. Negara-negara itu telah mencapai kemajuan yang besar Operasi bersama kali ini merupakan satu kejayaan yang besar dicapai oleh pelbagai pihak kalau dibandingkan rondaan yang dijalankan secara berasingan pada masa lalu.
Kol Suryo Wiranto memaklumkan bahawa pasukan peninjau yang terdiri daripada tentera udara keempat-empat negara akan menjalankan misi rondaan di ruang udara Selat Melaka dan Selat Singapura selama 7 hari setiap minggu, dan operasi mereka dijalankan dengan panduan pesawat pengintip yang membawa komander keempat-empat negara, agar tindakan susulan dapat dijalankan dengan segera jika berlaku peristiwa kecemasan. Setiap negara yang turut serta bersetuju menghantar 5 kapal perang dan 2 pesawat pengintip dalam rondaan bersama tersebut.
Kol. Suryo Wiranto memberi contoh bahawa pesawat pengintip akan melaporkan peristiwa kecemasan yang berlaku di kawasan perairan Indonesia kepada markas operas tentera udara di Jakarta, kemudian pasukan khas Indonesia yang bertanggungjawab menjamin keselamatan maritim akan segera dihantar ke tempat kejadian. Dengan itu, kapal lanun yang belayar di kawasan perairan Selat Melaka sukar untuk bersembunyi dan melarikan diri dalam rondaan bersama itu.
Selat Melaka sepanjang kira-kira 900 kilometer dan lebarnya 5.4 kilometer, sebelah timurnya ialah Laut China Selatan dan sebelah baratnya ialah Laut Andaman. Kini, separuh jumlah kapal tangki minyak dan sepertiga kapal kargo di seluruh dunia melalui Selat Melaka. Berdasarkan statistik bahawa jumlah kapal yang melalui dari Selat Melaka mencatat lebih 80 ribu buah setahun, iaitu kira-kira 220 buah sehari.
|