Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-22 15:33:36    
Xinjiang Tempat Banyak Menghasil Kapas di China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, "Situasi pasaran kapas tergantung kepada China, manakal jumlah hasil kapas China tergantung kepada Xinjiang". Sekarang, Xinjiang telah menjadi kawasan penghasil kapas utama di China, dan jumlah hasil kapas Xinjiang yang banyak itu juga menjadikan China sebagai negara penghasil kapas terbesar di dunia.

Selama belasan tahun lalu, cara penanaman kapas yang unggul dimasukkan dan digunakan di Xinjiang dan cara itu segera menjadikan Xinjiang sebagai kawasan penghasil kapas terbanyak di China. Seiring dengan perkembangan kawasan penghasil kapas di Xinjiang, pusat penghasil kapas China berpindah dari kawasan pengaliran Sungai Kuning ke bahagian barat China dan mengubah struktur penghasilan kapas pada masa dulu.

Sekarang, di China terdapat belasan provinsi dan wilayah menghasilkan kapas, dan jumlah penghasilannya mencatat lebih 6 juta tan. Antaranya, kapas Xinjiang bukan sahaja terbanyak di China, tetapi juga kualitinya terbaik di China. Kerana cara lebih unggul telah digunakan, jumlah hasil kapas Xinjiang ditingkatkan besar-besaran. Sehingga tahun 2004, keluasan penanaman kapas Xinjiang mencata lebih sejuta hektar.

Faktor lain yang meningkatkan jumlah hasil kapas Xinjiang ialah cuaca tempatan. Antara pelbagai kawasan penghasil kapas di China, alam sekitar dan cuaca Xinjiang paling baik untuk menanam kapas. Ini merupakan keunggulan yang tak terbandingkan dengan kawasan lain dan memperoleh reputasi tinggi kepada Xinjiang.

Dalam lebih 1.7 juta tan kapas yang dihasilkan oleh Xinjiang pada setiap tahun, lebih 80% dijual kepada kilang tekstil di timur China dan menempati 1/3 daripada jumlah seluruh penghasilannya di China.

Kapas Xinjing juga mempunyai reputasi tinggi di pasaran antarabangsa. Kapas penghasilan Xinjiang pada setiap tahun menempati 8% daripada jumlah penghasilan di dunia dan kapas yang dieksport oleh China kebanyakannya dihasilkan di Wilayah Xinjiang. Kapas Xinjiang dapat melahirkan pengaruh besar turun-naik harga kapas di pasaran dunia.