Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-22 15:34:44    
"Kemakmuran Harmoni" Bandar Timur Laut China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, seiring dengan pembangunan di timur laut China, bandar-bandar di timur laut tidak mengadakan pembaharuan secara tergesa-gesa, sehingga ia berkembang secara rasional. Kehidupan bahagia orang ramai sudah menjadi isi penting rancangan "Kemakmuran Harmoni" bandar-bandar di timur laut.

Semasa membuat liputan ke pelbagai bandar di timur laut China, wartawan mendapati peranan tumpuan dan dorongan pembangunan bandar telah menjadi semikan kuat. Kemudahan asas dan fungsi perkhidmatan bandar sedang diperbaiki, taraf pentadbiran bandar meningkat dan alam sekitar perumahannya menjadi semakin baik.

Sekarang, pelbagai bandar di timur laut China, terutamanya bandar pusat sedang berkembang baik. Pada tahun lalu, melalui penyelidikan, Datuk bandar Changchun Zhu Yejing mengumumkan kepada penduduk Changchun bahawa kerajaan bandar akan membina 100 buah tandas dan tandas yang dibina kedua-dua belah jalan harus dibuka kepada umum secara percumaan. Tindakan itu mendapat sambutan rakyat tempatan.

Dalam proses pembangunan bandar, beberapa bandar di timur laut China memindahkan bangunan pejabat kerajaan ke tempat lain, menyediakan kawasan yang berstrategi di pusat bandar tersebut kepada pasaran untuk memenuhi keperluan pembangunan bandar. Sekarang banyak bandar di timur laut China sudah mewujudkan peluasan bandar.

Semasa pembangunan bandar, pelbagai bandar di timur laut China juga sangat mementingkan kehidupan kumpulan kurang upaya. Pada awal tahun ini, bandar Changchun menubuhkan Kumpulan Penyelesaian Masalah Merugikan Kepentingan Rakyat. Bandar-bandar tersebut juga menumpu perhatian terhadap ekologi dan beberapa projek perlindungan alam sekitar telah beroperasi seperti hutan perlindungan di barat dan di barat laut.