Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-23 14:54:32    
Integrasi ASEAN Capai Kemajuan Penting

CRI

Persidangan ke-26 Persatuan Antara Parlimen ASEAN telah ditutup di Vientiane, Laos semalam. Para peserta sidang itu menyeru pelbagai negara ASEAN meningkatkan kerjasama, bersama-sama menghadapi pelbagai cabaran dan memangkin proses integrasi ASEAN. Pengerusi sidang kali ini, Presiden Majlis Kebangsaan Laos, Samane Vignaket dalam upacara penutup berkata, sidang kali ini sangat bererti dan penting dalam proses integrasi ASEAN?

Sidang tersebut telah meluluskan sebanyak 22 resolusi yang melibatkan bidang politik, sosioekonomi dan pertubuhan serta mengeluarkan "Pengumuman Bersama". Dalam sidang itu, matlamat ASEAN menubuhkan tiga komuniti iaitu ekonomi, sosial dan kebudayaan serta keselamatan semakin jelas.

Dari segi ekonomi, para peserta dari pelbagai negara ASEAN dengan sebulat suara menyeru negara-negara di rantau ini memangkin kerjasama ekonomi dan integrasi ekonomi. Memandangkan kesan negatif akibat pembangunan ekonomi dunia yang kurang seimbang, negara-negara ASEAN menegaskan bahawa seharusnya melaksanakan pelbagai pelan tindakan khususnya menyelesaikan masalah kekurangan sumber dan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi pelbagai negara. Lantaran itu, para peserta sidang itu menyeru negara anggota ASEAN, negara rakan dialog dan pertubuhan serantau dan antarabangsa meningkatkan sokongan terhadap tabung pembangunan ASEAN. Mereka juga berharap agar anggota Persatuan Antara Parlimen ASEAN yang berpengalaman memberi lebih banyak bantuan kepada anggota baru dalam bidang pembangunan sumber manusia.

Dalam bidang sosial dan kebudayaan, para peserta menegaskan, sepatutnya meningkatkan kerjasama dalam usaha membanteras jenayah penyalahgunaan dadah dan penjualan wanita dan kanak-kanak.

Dari segi keselamatan, para peserta mengutuk tindakan keganasan dalam apa jua cara. Mereka juga menegaskan meningkatkan kerjasama dan penyelarasan masyarakat antarabangsa berdasarkan Piagam PBB, saling menghormati kedaulatan, keutuhan wilayah dan tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain agar membanteras keganasan dari akar umbinya. Para peserta juga menagaskan mendesaknya meningkatkan keselamatan laut. Mereka menyatakan sokongan terhadap rondaan bersama pasukan keselamatan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand di Selat Melaka baru-baru ini.

Selain itu, sidang kali ini juga telah mendengar laporan tentang penubuhan parlimen ASEAN dan memutuskan menukar Suruhanjaya Penyelidikan Persatuan Antara Parlimen sebagai Suruhanjaya Khas untuk bertanggungjawab meningkatkan kecekapan persatuan itu. Persatuan Antara Parlimen ASEAN juga telah memperuntukkan dana khas. Dimaklumkan bahawa persatuan itu mungkin akan ditubuhkan berdasarkan cara pemilihan parlimen.

Presiden Majlis Kebangsaan Laos, Samane Vignaket berkata, "sidang kali ini telah meluluskan beberapa resolusi penting melalui perbincangan, ia telah meningkatkan kecekapan kerja Persatuan Antara Parlimen ASEAN dan mempererat hubungan anggota persatuan ini dengan kerajaan pelbagai negara anggota." Sidang tersebut akan memberi sumbangan penting untuk mempercepat integrasi ASEAN dan memangkin perdamaian, kestabilan dan pembangunan serantau dan sejagat.

Penganalisis berpendapat, proses integrasi ASEAN berliku-liku. Anggota ASEAN harus melaksanakan resolusi berkaitan, mengurangkan jurang perbezaan taraf pembangunan ekonomi dan lain-lain. Selain itu, faktor yang tidak menentu dalam politik dan ekonomi dunia juga akan mempengaruhi proses integrasi ASEAN. Semua masalah itu harus diselesaikan oleh negara ASEAN berperingkat-peringkat