Menurut Agensi Berita China, "Peluang Ekspo China-ASEAN menggalakkan pembangunan Nanning China. Boleh dikatakan bahawa ini merupakan peluang sangat penting. Kami percaya, pelabur dan pegawai kerajaan pasti akan melihat perubahan besar yang dialami di Nanning pada 20 tahun akan datang." Demikian dinyatakan oleh Datuk bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, Lin Guoqiang dalam wawancaranya dengan wartawan baru-baru ini.
Beliau menyatakan, "Selepas Nanning berjaya mengadakan Ekspo China-ASEAN pada tahun lalu, ada orang mencadangkan, apakah ekspo itu boleh diadakan di bandar lain, tidak semestinya diadakan di Nanning. Saya berpendapat, sekarang pelajar dari Asia Tenggara ke Nanning menjadi lebih banyak, firma asing sering datang ke sini atau mengadakan pelancongan. Serta pelabur dan lain-lain juga berminat akan Nanning. Keunggulan tersebut telah mendapat tumpuan dari rakyat Malaysia, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja dan lain-lain. Mereka amat berminat akan pemandangan yang indah di Nanning.
Lin Guoqiang menyatakan, setiap bandar harus mempunyai keistimewaan masing-masing. Sejak awal 1990-an, bandar Nanning sudah menetapkan "Rancangan Penghijauan" berdasarkan keunggulan sumber tempatan dan sudah memulakan "Program Pembinaan Penghijauan". Sehingga sekarang, penghijauan di Nanning sudah dilakukan dengan sangat baik, di mana-mana sahaja pun terdapat tumbuh-tumbuhan yang hijau.
Dimaklumkan, setakat ini, kadar liputan pokok di Nanning telah mencapai lebih 40% dan kawasan hijau untuk setiap rakyat mencapai 8.5 meter persegi, masing-masing meningkat 4.5% dan 3.8 meter persegi berbanding 10 tahun lalu. Mutu udara dan air di Nanning juga sangat baik di China.
Lin Guoqiang menyatakan, Nanning akan menanam pokok jenis tempatan, dan berdasarkan keadaan cuaca, tanah Nanning membina pemandangan hijau yang indah di Nanning. Menjelang tahun 2020, kadar liputan pokok di kedua-dua belah tepi jalan Nanning akan mencapai lebih 95%.
|