Menurut Agensi Berita Xinhua China, Putra Mahkota Brunei Darussalam Al-Muhtadee Billah dan Menteri Luar dan Perdagangan, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah menemui secara berasingan Naib Perdana Menteri China, Wu Yi yang sedang mengadakan lawatan di Brunei semalam.
Wu Yi menyatakan bahawa China dan Brunei perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dan mengintensifkan kerjasama dalam penerokaan minyak dan gas asli, mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara secara menyeluruh.
Wu yi juga menilai tinggi kerajaan Brunei Darussalam yang sentiasa mempertahankan dasar satu China.
Al-Muhtadee Billah dalam pertemuan itu menyatakan, pihak Brunei akan terus mendorong perkembangan hubungan dengan China.
Mohamed Bolkiah bersetuju dengan penilaian Wu Yi tentang hubungan kedua-dua negara serta cadangan untuk meningkatkan kerjasama duha hala dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Beliau menegaskan bahawa pihak Brunei akan mengekalkan dasar satu China dan menyokong usaha kerajaan China untuk menyatukan semula tanah air.
|