Jumlah Pendapatan Wang Asing Pelancongan China Pada 8 Bulan Pertama Tahun Ini Meningkat Kira-Kira 20%
CRI
Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan oleh Jabatan Pelancongan Negara China hari ini, jumlah pelancong seberang laut yang melancong ke China pada 8 bulan pertama tahun ini mencatat lebih 79 juta orang, jumlah itu meningkat kira-kira 13% daripada tahun lalu dalam tempoh yang sama. Jumlah pendapatan mencatat 19.5 bilion dolar Amerika dan meningkat kira-kira 20% daripada tahun lalu dalam tempoh yang sama. China merupakan negara besar pelancaongan di dunia pada masa ini. Jumlah pelancongan China yang melancong ke seberang laut menempati kedudukan pertama di Asia dan jumlah pelancong China yang melancong ke seberang laut meningkat cepat .
|
|