|
Menurut berita CRI, hari ini merupakan Hari Pelancongan Antarabangsa. Naib Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Pelancongan China Sun Gang menyatakan di bandar Lian Yun'gang, timur China hari ini bahawa China akan meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang pelancongan, memberi sumbangan positif untuk mengembangkan industri pelancongan China dan dunia.
Demikian dinyatakan oleh Sun Gang dalam aktiviti sambutan Hari Pelancongan Dunia 2005 yang diadakan di bandar Lian Yun'gang, China. Beliau menjelaskan, China mempunyai pasaran pelancongan dalam negeri yang paling besar di dunia sekarang dan merupakan destinasi pelancongan yang paling dinamik. Potensi pelancong China ke luar negara amat besar.
|