|
Menurut Agensi Berita Xinhua, baru-baru ini Naib Gabenor Bank Rakyat China yang juga Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Wang Asing Negara China, puan Hu Xiaolian menyatakan, penyusunan semula dasar pentadbiran kadar pertukaran mata wang RMB yang dijalankan oleh Bank Rakyat China pada 23 September tidak mengubah mekanisme kadar pertukaran mata wang RMB, mekanisme pertukaran nilai mata wang RMB berbanding dolar Amerika di pasaran pertukaran mata wang asing serta skop pengapungan kadar itu tidak berubah.
Demikian dinyatakan oleh puan Hu Xiaolian ketika menghadiri sidang kewangan antarabangsa yang diadakan di A.S..
|