Menurut berita CRI, Sidang Menteri Ekonomi ke-37 ASEAN telah dirasmikan di Vietniane, Laos hari ini.
Seramai kira-kira 400 orang wakil dari sepuluh negara ASEAN, negara-negara rakan dialog termasuk China dan pertubuhan antarabangsa telah menghadiri sidang tersebut.
Menurut berita CRI, Sidang Menteri Ekonomi ke-37 ASEAN selama tiga hari telah dirasmikan di Vietniane, Laos hari ini. Seramai kira-kira 400 orang wakil dari sepuluh negara ASEAN, negara-negara rakan dialog termasuk China dan pertubuhan antarabangsa telah menghadiri sidang tersebut.
Perdana Menteri Laos, Bounnhang Vorachith telah menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut. Beliau menyeru negara-negara ASEAN meningkatkan kerjasama, mengambil peluang yang baik dan bersama-sama menghadapi cabaran.
"Trend globalisasi semakin ditingkatkan, salah satu tugas utama ASEAN pada masa ini adalah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara pelbagai negara anggota ASEAN dan perbezaan pembangunan antara ASEAN dengan rantau lain. Maka kita harus meningkatkan kerjasama, menyediakan suasana pembangunan ekonomi yang baik dan memangkin kerjasama korporat."
Beliau juga menegaskan pentingnya meningkatkan kerjasama ASEAN dengan negara-negara rakan dialog.
"Selain meningkatkan kerjasama antara pelbagai negara ASEAN, kita juga harus meningkatkan kerjasama dengan rakan dialog yang lain."
Ketika menyentuh tentang matlamat komuniti ASEAN, beliau menegaskan,
"Melaksanakan Pelan Tindakan Vientiane dalam tiga bidang iaitu keselamatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan merupakan langkah pertama untuk mewujudkan matlamat penubuhan komuniti ASEAN."
Bounnhang menambah, beliau berharap agar dapat menghapuskan halangan bagi mendorong integrasi ASEAN melalui sidang kali ini.
|