Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-29 14:47:53    
Bank Pembangunan Asia Akan Edarkan Bon Panda di China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Bank Pembangunan Asia menyatakan semalam, mereka telah mengemukakan permohonan mengedarkan bon mata wang RMB kepada Bank Rakyat China untuk pertama kali. Selepas mendapat pengesahan Bank Rakyat China, Bank Pembangunan Asia akan mengedarkan bon panda di pasaran China berdasarkan keadaan pasaran.

Permohonan Bank Pembangunan Asia itu dikemukakan selepas kerajaan China mengumumkan Bank Pembangunan Asia mendapat pengesahan mengedarkan bon dalam mata wang RMB di China semalam.