Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-29 14:19:16    
China Tarik Modal Asing Paling Banyak antara Negara Membangun Selama 12 Tahun

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Hal-Ehwal Pelaburan Kementerian Perdagangan China Zhou Min menyatakan di Beijing semalam, ekonomi antarabangsa lembap sekarang dan pelaburan transnasional semakin berkurang, namun pelarburan asing di China tetap stabil dan China merupakan negara yang berjaya menarik pelaburan asing paling banyak antara negara membangun dan Asia selama 12 tahun.

Zhou Min dalam sidang akhbar " Laporan Pelaburan Antarabangsa 2005" yang diadakan di Beijing semalam menyatakan, pelaburan asing di negara maju semakin berkurangan tahun lalu, sebaliknya pelaburan di negara membangun bertambah 40% . China telah berjaya menarik modal asing sebanyak 61 bilion dolar Amerika, menduduki tempat pertama berjaya menarik modal asing paling banyak antara negara membangun dan tempat ke-3 di dunia selepas A.S. dan Britain.