Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-29 15:56:36    
Pihak Berkuasa Taiwan Harus Secepat Mungkin Batalkan Halangan bagi Pertukaran dan Kerjasama antara Kedua-dua Pantai Selat Taiwan

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Pejabat Hal-Ehwal Taiwan Dewan Negara China semalam mengadakan sidang akhbar. Jurucakap Li Weiyi melahirkan harapan supaya pihak berkuasa Taiwan bertolak dari kepentingan asas saudara setanah air Taiwan dan memuaskan harapan rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan untuk mempererat pertukaran dan kerjasama, mengubah sikap dan pendirian yang negatif dan bertentangan terhadap pertukaran antara kedua-dua pantai Selat Taiwan, dan secepat mungkin membatalkan larangan terhadap pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak sehingga perkara yang menguntungkan saudara setanah air Taiwan dapat dijalankan.

Ini merupakan sidang akhbar pertama yang diadakan oleh pejabat itu selepas berhenti rekat sejak Julai lalu. Li Weiyi menyatakan, untuk melaksanakan persefahaman yang dicapai oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Hu Jintao dengan bekas, Pengerusi Parti Kuomintang China Lien Chan dan Pengerusi Parti Rakyat Pertama James C.Y. Soong, kami telah bersama-sama dengan kedua-dua parti tersebut melakukan kerja yang berkaitan dan telah mencapai kejayaan. Kami pasti akan menunaikan janji kami kepada saudara setanah air Taiwan.

Beliau mengumumkan, untuk terus menjayakan pertukaran antara media kedua-dua pantai Selat Taiwan dan memudahkan liputan media Taiwan di tanah besar China, tempoh wartawan Taiwan membuat liputan di tanah besar China diperpanjang mulai sekarang. Kami akan terus berusaha mendorong pertukaran antara media kedua-dua pihak.

Beliau menyatakan akan terus memberi keutamaan kepada saudara setanah air Taiwan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengjualan buah-buahan Taiwan dengan bebas tarif, penerbangan carter antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dan lain-lain.

Beliau menyatakan, pihak berkuasa Taiwan harus bersungguh-sungguh memperhatikan kepentingan saudara setanah air Taiwan. Serta secara aktif mendorong pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak.