|
Wartawan CRI melaporkan, Sidang Menteri Ekonomi ASEAN Ke-37 selama 3 hari telah ditutup di Vientiane, Laos semalam.
Dalam sidang tersebut, para peserta mencapai persefahaman tentang masalah termasuk mendorong pembangunan kawasan perdagangan bebas, serta meningkatkan pelaburan dalam dan luar kawasan. Terutamanya, jadual dikemukakan dalam sidang tersebut untuk mewujudkan kebebasan perdagangan perkhidmatan dan menjalankan sistem "satu jendela". Inilah kejayaan yang dicapai dalam proses integrasi ekonomi ASEAN selepas pembukaan dan pembatalan cukai dicapai dalam sidang lalu.
Dalam tempoh sidang ini diadakan, ASEAN juga bertukar-tukar pendapat dengan China, Republik Korea, Jepun dan India tentang meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, dan mencapai kejayaan besar.
|