Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-01 15:55:27    
Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan Diadakan di Pelbagai Tempat di China

CRI

Menurut berita CRI, Hari ini merupakan ulang tahun ke-56 penubuhan Republik Rakyat China. Aktiviti sambutan hari kebangsaan telah diadakan di pelbagai tempat di China.

Seramai puluhan ribu penduduk dari pelbagai tempat di China telah menyaksikan upacara menaikkan bendera negara yang diadakan di Lapangan Tiananmen Beijing pagi tadi.

Di samping itu, hari ini juga merupakan ulang tahun ke-50 Penubuhan Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China. Penduduk pelbagai kaum telah mengadakan aktiviti tarian dan nyanyian di bandar Urumqi, ibu kota Xinjiang hari ini untuk meluahkan harapan baik terhadap kemakmuran tanah air.