Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-06 14:49:59    
Guru China Lin Mingwei Berazam Berbasikal Mengelilingi Tujuh Benua

CRI

Encik Lin Mingwei merupakan seorang guru sekolah menengah di China. Beliau berbasikal dari bandar Perth, Australia pada bulan lalu dan tiba di Sydney selama 25 hari dan berbasikal sejauh lebih 4700 kilometer. Beliau menjadi orang China pertama yang merentasi Australia dengan jayanya. Pada tahun lalu, Lin Mingwei juga merentasi 14 buah negara di Eropah dan Asia, perjalanannya sejauh lebih 12 ribu kilometer. Matlamat Lin Weiming seterusnya ialah berbasikal ke tujuh benua sempena Sukan Olimpik Beijing 2008.

Lin Mingwei yang berumur 30 tahun merupakan seorang guru sukan di sekolah menengah di bandar Shenzhen, selatan China. Semasa menyebut tindakan beliau merentasi Australia dengan berbasikal. Lin Mingwei berkata, "kali ini saya merentasi Australia kerana dua sebab, pertama mencabar diri sendiri dan kedua mengumpul tandatangan untuk bandar Shenzhen memohon menganjurkan Sukan Universiad Dunia 2011. Dalam tempoh saya berada di Australia, saya telah mengumpul 4800 tandatangan menyokong bandar Shenzhen menganjurkan Sukan Universiad Dunia 2011."

Merentasi Australis merupakan salah satu langkah menjayakan cadangan Lin Mingwei. Sebagai seorang guru sukan di China, kenapa beliau berminat menjayakan rancangannya dengan berbasikal? Ini kerana peristiwa yang berlaku pada bulan Mac tahun lalu. Pada bulan Mac tahun lalu, keadaan penyakit kanser yang dialami bapa Lim Weiming semakin serius. Untuk menggalakkan bapanya berjuang menghadapi penyakit tersebut, Lin Weiming menceritakan tentang atlet lumba basikal A.S. Lance Armstrong berjaya mengatasi penyakit kanser bapanya. Bukan itu sahaja, beliau juga meningkatkan semangat bapanya dengan cara beliau sendiri berbasikal jarah jauh. Pada bulan Julai tahun lalu, Lin Mingwei 9 hari berbasikal dari Shenzhen ke Beijing, sejauh 2566 kilometer dan mencipta rekod paling cepat berbasikal jarak jauh. Selepas tiba di Beijing, beliau menyatakan kepada bapanya yang sedang dirawat di hospital bahawa "saya telah menjayakan perkara yang orang lain tidak mampu lakukan, saya boleh, bapa juga boleh". Semasa mengenang kembali peristiwa itu, beliau berkata, "Pada mulanya, disebabkan Lance Armstrong adalah seorang pesakit kanser dan bapa saya tahu tentang beliau dan mengetahui semangatnya. Pada masa itu, saya bekerja di bandar Shenzhen, bapa saya menjalani pembedahan di Beijing, oleh itu, saya segera berbasikal dari Shenzhen ke Beijing dan berharap dapat memberi semangat kepada bapa saya melalui cara itu."

Selepas itu, berbasikal jarah jauhmerupakan sebahagian kehidupan Lin Mingwei. Pada bulan September tahun lalu, Insititut Ivy Discovery A.S. menganjurkan aktiviti berbasikal dari Beijing ke Venezia melalui laluan sutera, aktiviti tersebut bertujuan untuk mengutip derma untuk institusi pendidikan pelbagai negara. Lin Mingwei sebagai guru di China dipelawa menyertai kempen tersebut. Pada 7 September, kumpulan yang terdiri daripada 7 orang yang berasal dari A.S. Kanada, Afrika Selatan, New Zealand dan lain-lain bertolak dari Beijing.

Laluan sutera merupakan laluan darat menghubungkan China dengan pelbagai negara di Laut Mediterranean pada abad ke-2 sebelum masihi. Laluan sutera itu melalui gutun gobi, padang pasir, merentasi gunung dan kawasan salji dan sukar dilalui. Dalam pertengahan janlan, anggota lain masing-masing menarik diri daripada aktiviti itu. Semasa tiba di Uzebkistan, hanya tinggal Lin Mingwei seorang. Semasa mengenang kembali peristiwa itu, Lin Mingwei berkata, "Orang terakhir meninggalkan saya ialah Jasen, warga Kanada keturunan China. Sebab pada masa itu sudah tiba musim sejuk, beliau berasa keadaan itu sangat bahaya dan tidak mahu menanggung risiko. Tetapi saya ada sokongan ratusan pelajar dan ibu bapa saya. Saya tidak ingin melepaskan peluang itu dengan mudah. Saya boleh berjaya sampai distinasi akhir dan berbasikal tiba di Venezia."

Pada 7 Disember, beliau tiba di Venezia, perjalanan itu sejauh 12 ribu kilometer dan mengambil masa 91 hari.

Kini, Lin Mingwei sedang membuat persiapan berbasikal ke lima benua yang lain. Beliau di samping menanti ketibaan Sukan Olimpik 2008, juga terus menggalakkan bapanya berjuang menghadapi penyakitnya.